fbpx

Sikap Asal Boleh! Punca Bisnes Sangkut Tengah Jalan…

e9a46faf707e45929f8f4685c4e2bc4b
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bila kita tengah survive untuk hidup, kita akan fikir semua benda kita boleh buat, as long as boleh survive. Ia juga pernah berlaku kepada saya suatu ketika dahulu. Bila MULA nak buat bisnes, saya expect semua benda saya boleh & mampu nak buat atau saya kena buat banyak bisnes jika mahu senang.

So, saya pernah buat MLM, pernah jadi pembekal kerajaan, pernah buat trading, online business dan macam-macam lagi. Sebab saya expect jika ada 5 bisnes, dan satu bisnes boleh sumbangkan RM 10k, means saya boleh dapat RM 50k setiap bulan. (Cerita 8 tahun lepas)

Akhirnya, satu pun tak dapat! Bukan sebab tak boleh buat, tapi ia seolah HUKUM BISNES. Mesti FOKUS sehingga berjaya pada yang satu dahulu. Kalau dah berjaya yang satu tu, tak kisahlah nak buat berapa banyak bisnes lagi dalam waktu yang sama lepas tu.

 

boss-fight-free-high-quality-stock-images-photos-photography-dart-board

Kunci Kejayaan Bisnes Adalah FOKUS!

 

Apapun pekerjaan yang kita nak buat, mesti MENGAKU, apakah LIMIT kita? Selagi kita tak mengaku yang sebagai manusia kita ada waktu yang terhad, kita takkan ke mana. Kalau bisnes ok sekalipun, mungkin kita terpaksa melepaskan masa yang berkualiti dengan keluarga.

Once kita mengaku yang kita ada LIMIT, barulah kita akan MULA fikir, apakah SISTEM yang terbaik boleh digunakan & boleh bantu kita mendapat pendapatan yang lebih baik walaupun setiap manusia ada 24 jam sehari.

Kalau tak mengaku & kata semua boleh buat… Keluar pagi balik malam & rasa boleh buat sendiri, rasa macam unlimited je kononnya… Itulah yang menyebabkan banyak bisnes yang mula-mula kita semangat nak buat, akhirnya sangkut tengah jalan. Tak kisah lah sama ada full time atau part time bisnes….

Sebab apa? Sebab manusia ada LIMIT! Mengaku dulu, then fikir apakah cara terbaik perlu dibuat untuk dapat hasil yang lebih baik. Setkan apa LIMIT kita! Masa? Kewangan? Lain?

 

Tulisan asal : Hafeez Basaruddin

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

dominos-bonus-vouchers-752x440 Jualan Dan Pemasaran

Strategi Marketing Abad 21, Domino’s Bijak Tunggang Trend!

tukangfikircom-pokemon go malaysia Motivasi Bisnes

Semangat 20 tahun menghasilkan Pendapatan 2 juta Us Dollar satu malam dengan POKEMON GO

2010-08-footsteps-in-the-sand Motivasi Bisnes

5 NASIHAT ISTIMEWA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Scroll to Top