fbpx

Sebelum Tetapkan Harga Produk atau Servis, Baca Ni Dulu!

Cover picture cara tetapkan harga
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Seringkali, rakan usahawan saya tanya “macam mana nak tetapkan harga barang yang nak dijual”? Macam mana nak pastikan harga yang diletak tu tak merugikan?

Ada banyak tools dan cara yang boleh digunakan. Tapi antara yang paling simple adalah kita cari break even point a.k.a titik pulang modal dulu.

Tujuan nya ialah nak check sama ada berbaloi atau tak harga yang kita letak tu. Titik Pulang Modal sebenarnya merupakan satu point dimana jumlah hasil sama dengan jumlah kos.

pengiraan-kos

Dalam kata lain, kuantiti pengeluaran tidak memberikan sebarang keuntungan atau kerugian, dan jumlah hasil hanya cukup untuk menampung jumlah semua kos.

Jadi, kita dapat tahu berapa unit atau nilai ringgit yang perlu kita jual, untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan!

Jadi macam mana nak kira Titik Pulang Modal ni?

Mula-mula kena kira ni:

TPM (unit) = Kos tetap ÷ Margin keuntungan per unit

*margin keuntungan per unit = harga jualan per unit – kos berubah per unit

Hasilnya anda akan dapat berapa banyak unit yang anda perlu jual untuk balik modal.

Seterusnya kira dalam bentuk nilai (ringgit).

TPM (nilai) = Jumlah unit perlu dijual x Harga Jualan per unit

Hasil yang anda dapat merupakan nilai jualan yang perlu anda capai untuk mendapatkan pulangan modal yang digunakan. Jualan seterusnya merupakan keuntungan yang anda akan dapat.

kos-bisnes

Bergantung pada jenis perniagaan, dapat tahu TPM unit sudah mencukupi. Yang penting, kena telus dan pastikan semua kos-kos yang digunakan dimasukkan didalam pengiraan.

Terutamanya bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan dirumah. Minta orang lain untuk double check-kan kos-kos sekiranya ada yang tertinggal.

kira-kos-bisnes

Antara kegunaan lain Titik Pulang modal:

> Menentukan kuantiti/nilai yang perlu dijual untuk elakkan kerugian.

> Dapat kira jumlah kerugian atau keuntungan pada tahap pengeluaran/ penjualan tertentu.

> Menjadi asas untuk menetapkan target jualan, dan berapa banyak anda nak capai!

Ingin belajar kira-kira kos bisnes?

kira-kos-alif

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

calaqisya.com Motivasi Bisnes

5 Tips Penting Sebelum Anda Mula Berniaga Dengan Menyewa Premis

Mengira Margin Bisnes Kewangan

Bagaimana Membahagikan Margin Mengikut Kos Bisnes

bad-credit-bank-accounts1 Kewangan

3 Tips Urus Duit Keluar Masuk

Scroll to Top