fbpx

Sebab Mengapa Buat Duit Perlu Selari Dengan Pembangunan Syarikat

infografik-tf-sop
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ini merupakan persoalan biasa di minda peniaga baru. Mereka akan keliru dengan banyak perkara. Antara yang utama ialah tajuk kita saat ini, mana perlu buat dahulu. Bangunkan syarikat atau buat duit dahulu?  Mari kita lihat satu contoh case study;

Amir merupakan peniaga satay. Hari pertama Amir berniaga, Amir berjaya mendapat sales sebanyak RM300. Amir mula berangan mahu buka syarikat satay frozen, buka akaun syarikat, buka kedai sendiri dan lain lain. Bagi Amir, perkembangan syarikat sangat penting. Perkara ini berlarutan selama beberapa bulan. Fokus Amir kepada “business development” semata-mata. Hasilnya? Kualiti satay Amir menurun gara gara hilang focus. Pelanggan lari ke peniaga lain. Amir lingkup!

Di mana salah Amir?

Amir sangat bagus sebenarnya, hari pertama sudah berjaya buat sales. Tapi hal ini membawa kepada rasa yakin dan seronok yang tinggi kepada Amir bahawa beliau akan mampu membuat sales setiap hari. Terlalu positif! 

Kedua, sikap optimistik Amir, walaupun baru saja hari pertama, Amir mula fikir tentang “business development” untuk hari mendatang. Silap Amir? Amir tidak ambil kira RISIKO sedia ada. Timbul produk lain. Pesaing makin ramai.

Dan lain-lain, hasilnya lihat lah selepas beberapa bulan. Silap Amir yang terakhir ialah terlalu banyak plan tetapi tiada tindakan. Fokus Amir sudah lari pada hari kedua. Sepatutnya buat duit dulu baru kembangkan bisnes. Akhirnya lingkup dalam beberapa bulan.

Back to basic, tiada duit bagaimana nak kembangkan bisnes? Belajar sesuatu?

 

Tulisan asal oleh : Yusuf Idris

 

Baca Lagi : 10 Cabaran Dalam Dunia Perniagaan Fesyen Di Malaysia

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya santai.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Staff

Cara Terbaik Untuk Mendidik Staf Tanpa Perlu Menggunakan Emosi

X Sebab Staff Beralih ArahX Cara Jaga Hati StaffX Sebab Staff Benci MajikanX Jadilah Majikan Yang BaikX Bagaimana Cara Menjadi Majikan yang BaikX Staff Yang Baik Datang Daripada Majikan Yang Baik. Staff

9 Sebab Mengapa Staff Beralih Arah

pengarah-2 Persyarikatan

Ini 6 Kemahiran Pengarah Syarikat Yang Bijak Perlu Ada!

Scroll to Top