fbpx

Nasihat Penting Kepada Usahawan Yang Ingin Membuka Channel Baru

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kepada usahawan yang baru nak buka ‘channel outlet’, sila perhatikan beberapa senario di bawah.

1. Pergi letak produk di satu outlet, seminggu kemudian datang tengok balik produk laku atau tidak.

2. Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut, seminggu kemudian datang tengok balik produk laku atau tidak

3. Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut. Buat flyers dan edar flyers tersebut (nyatakan bahawa outlet tersebut ada jual produk kita) ke sekitar radius 10km. Seminggu kemudian datang tengok balik produk laku atau tidak.

4. Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut. Buat flyers dan edar flyers tersebut (nyatakan bahawa outlet tersebut ada jual produk kita) ke sekitar radius 10km. Buka sampling booth kat outlet tersebut dan bagi pelanggan rasa sampel serta perkenalkan bahawa outlet tersebut ada menjual produk kita. Seminggu kemudian datang tengok balik produk laku atau tidak.

www.tukangfikir.com

5. Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut. Buat flyers dan edar flyers tersebut (nyatakan bahawa outlet tersebut ada jual produk kita) ke sekitar radius 10km. Buka sampling booth kat outlet tersebut dan bagi pelanggan rasa sampel serta perkenalkan bahawa outlet tersebut ada menjual produk kita. Letak rak, freezer atau tempat khas produk dari syarikat dan seminggu kemudian datang tengok balik produk laku atau tidak.

Pada pendapat anda, senario mana yang lebih berpeluang untuk jana jualan yang paling tinggi?

Kadang-kadang kita berputus asa di atas sebab yang kurang tepat. Kita merungut lapar di ketika makanan masih belum ditelan. Kita mendakwa kita gagal di kala kita hanya buat buat satu dari 10 langkah yang sepatutnya berjalan.

Buat sampai habis sebelum mendakwa anda sudah gagal!

Sila ‘share’ jika rasa ianya bermanfaat.

 

Tulisan asal : Abd Hakim Awang

 

Baca Sini : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

Fasa – Fasa Bisnes Ini Pasti Menakutkan Bagi Anda Yang Newbie Untuk Terus Berbisnes

corporate-guys Persyarikatan

Ini 1 Kelebihan Utama Sendirian Berhad Yang Ramai Orang Tak Tahu

tukangfikir.com Kewangan

5 Sebab Mengapa Pengurusan Akaun Lebih Penting Daripada Sales Dan Marketing

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top