fbpx

Ketahui 10 Peringkat Bagaimana Cara Untuk Mencapai ‘Financial Freedom’

isigood.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

 

0. Pendapatan Kurang Daripada Jumlah Perbelanjaan

 

● Ini adalah tahap yang sangat perlu untuk dielakkan dan merupakan tahap yang paling paling sedikit tahap kebebasannya. Tiada sesiapa yang sepatutnya berada di sini tetapi realitinya ramai yang diantara kita masih berada di peringkat ini.

 

1. Anda Bekerja Untuk Menanggung Perbelanjaan

 

● Ini adalah peringkat di mana ramai kebanyakan orang berada di sini. Anda membelanjakan segala apa yang anda kerjakan.

● Di peringkat ini, kehilangan pekerjaan adalah situasi yang paling menakutkan kerana anda hanya ada satu atau dua minggu sahaja daripada peringkat 0. Beberapa minggu lagi, (bergantung kepada berapa lama kegunaan kad kredit anda) dan anda bakal berhadapan dengan situasi muflis.

● Pada peringkat ini,untuk bertukar kerja adalah sangat berisiko kerana jika anda tidak mendapat pekerjaan yang baru, anda akan mengalami sedikit kepayahan untuk mencari pekerjaan yang lain.

 

2. Anda Bekerja Untuk Menanggung Perbelanjaan Dan Membuat Simpanan

 

● Apabila perbelanjaan anda lebih rendah daripada pendapatan anda, maka anda sudah boleh menyediakan wang untuk simpanan. Ramai orang tidak dapat melakukannya pada peringkat ini kerana bila mana hasil pendapatan mereka bertambah, jumlah perbelanjaan mereka juga akan meningkat.

● Perlu diingat bahawa untuk sampai ke peringkat ini anda perlulah mengawal segala perbelanjaan anda. Jika anda masih berada di tahap 1, anda masih boleh memotong atau mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan, makan di luar atau segala macam perbelanjaan yang tidak penting.

 

3. Simpanan Anda Membolehkan Anda Mengambil Risiko Dalam Kerja Anda

 

● Apabila anda telah mempunyai sedikit dana kecemasan, anda boleh mengambil risiko dalam pekerjaan anda jika anda tiada pilihan sekiranya gaji anda banyak di habiskan kepada perbelanjaan.

● Kadang kala ini bermakna anda mungkin memerlukan pertukaran kerja. Kadang kala ini bermakna anda perlu cuba berhadapan dengan risiko tetapi agak berbaloi sekiranya ia berjaya. Kadang kala ia bermakna anda berdiri di atas prinsip yang anda mungkin akan kehilangan pekerjaan anda.

● Ini bermakna,sehingga anda mempunyai simpanan yang membenarkan anda hidup tanpa pekerjaan, segala keputusan anda akan dipengaruhi oleh ketakutan yang memungkinkan anda untuk kehilangan pekerjaan anda.

● Apabila anda sudah sampai ke peringkat ketiga ini, anda sudah boleh untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga dan kerjaya anda selain daripada keperluan aliran tunai semata-mata.

 

4. Simpanan Anda Membenarkan Anda Untuk Keluar Daripada Alam Pekerjaan Dan Memulakan Perniagaan Sendiri

 

● Ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Ia memerlukan pertukaran mentaliti daripada mengharapkan sumber pendapatan daripada orang lain ke arah untuk mencipta sumber kewangan sendiri.

● Ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan melainkan anda mempunyai kekuatan simpanan yang kukuh. Jelas sekali, Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh berlaku dengan sekelip mata.

● Kebanyakan orang memulakan perniagaan mereka sejak daripada mereka masih lagi bekerja untuk orang lain. Namun, keputusan untuk berhenti kerja untuk majikan lain dan meletakkan tanggungjawab itu terhadap diri sendiri merupakan satu keputusan yang sangat besar.

 

5. Perniagaan Anda Mampu Untuk Menanggung Perbelanjaan Anda

 

● Pada peringkat ini, perniagaan anda telah memberikan anda pendapatan yang mampan. Dalam erti kata lain, perkara ini sama seperti berada di peringkat 1 tetapi pada ketika ini anda bertanggungjawab untuk segala-galanya dan bukan lagi bergantung kepada orang lain.

 

6. Perniagaan Anda Mampu Untuk Menanggung Perbelanjaan Juga Mampu Untuk Membuat Simpanan

 

● Sama seperti di peringkat 2, di sini adalah peringkat dimana anda mampu mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan simpanan.

 

7. Simpanan Anda Membolehkan Anda Mengambil Risiko Dalam Perniagaan Anda

 

● Setelah anda mempunyai simpanan yang telah dibina daripada perniagaan anda, anda boleh mengambil risiko yang tidak praktikal pada tahap yang minima.

● Risiko-risiko ini adalah termasuk seperti meluaskan perkhidmatan atau produk anda, bereksperimen dengan pasaran, melancarkan perniagaan baru dan juga membawa masuk pekerja untuk membesarkan skala.

futurecurrencyforecast.com

 

8. Simpanan Anda Membenarkan Anda Untuk Menjual Perniagaan Anda

 

● Pada ketika ini, anda telah mempunyai simpanan yang cukup di mana anda sudah tidak perlu berkerja keras untuk terus-menerus untuk fokus terhadap perniagaan anda.

● Mungkin anda tidak akan menjual perniagaan anda tetapi anda mungkin menggajikan seseorang untuk menguruskan perniagaan dan juga membuat keputusan untuk perniagaan anda. Ini adalah satu peringkat di mana anda benar-benar telah pun keluar daripada rutin pekerjaan.

 

9. Pelaburan Anda Mampu Untuk Menanggung Perbelanjaan Anda

 

● Pelaburan juga boleh termasuk kepada saham dan bon, tetapi juga termasuk kepada sesuatu perniagaan yang mana anda tidak perlu untuk bekerja untuk perniagaan tersebut setiap hari.

 

10. Pelaburan Anda Mampu Untuk Menanggung Perbelanjaan dan Juga Simpanan Anda

 

● Pada peringkat ini, anda telah memiliki aliran masuk kewangan yang lebih banyak daripada apa yang anda belanjakan tanpa memerlukan diri anda di dalam pelaburan itu sendiri.

 

Jika anda mendapat sesuatu daripada posting ini, silakan share untuk manfaat orang lain.

 

Sumber oleh :

10 Stage To Financial Freedom

 

BACA : 16 Petua Menggunakan Media Sosial

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

MY2014 Mazda 3 Kewangan

Beli Kereta Tak Boleh Kurangkan Cukai Kalau Tak Tahu Perkara Ni

kira kira bisnes yang betul Kewangan

Bagaimana Seorang Pemilik Bisnes Buat Dapat Pendapatan RM10K Sebulan Dengan Kira-Kira Bisnes Yang Betul

tukangfikir.com Staff

Cara Bagi Menangani Pekerja Bermasalah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top