fbpx

Jual Air Tepi Jalan Pon Boleh Kaya Jika Dilakukan Dengan Cara Yang Betul

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cuba kita duduk sekejap di tepi – tepi jalan, di warung – warung. Tempat orang ramai berjalan. Perhatikan gelagat setiap manusia yang melintas. Setiap orang mesti ada duit dalam poket masing – masing. Cuma kita tak tahu kecil atau besar jumlahnya. Yang pasti – ada.

RM500? Mungkinlah. Cuma besar sangat. Zaman sekarang orang lebih selesa guna kad. Tak perlu pun nak bawa duit berkepuk – kepuk Selamat pun selamat. RM100? Mungkin juga. Kalau ya pun, mesti dah dipecah – pecahkan. Mudah sikit nak beli apa-apa.

Tak kira siapa pun, kita boleh jamin yang dia pasti ada sekurang – kurangnya RM1 bila keluar rumah. Jarang kita jumpa orang keluar rumah tak bawa duit langsung.

Maknanya bolehlah kita jual barang harga RM1 di tepi jalan. Zaman sekarang RM1 dah ini dianggap sebagai murah. Tak akan ada orang yang nak tawar – menawar. Dari kecil sampai ke besar, semuanya mampu beli. Jadi, kita cari apa – apa produk, jual semula dengan harga RM1. Mesti laris.

Katakan, kita jual air manis. Paling mudah. Hanya perlu cari sirap, air gula, air masak, ais batu, kelengkapan sikit – sikit. Tengok tepi jalan yang sesak – sesak, orang lalu lalang sikit macam depan kilang. Lepas tu, pacak payung. Jual satu saja pun cukup, air jagung misalnya.

Satu gelas RM1. Kalau hari panas, semua orang haus. Boleh cecah 100 gelas. Dah dapat RM100. Darab dengan 25 hari, dapatlah RM2500 sebulan.

Dah ada duit sikit, tambah lagi satu cawangan. Kali ini buka depan sekolah pula. Cari kawan – kawan yang duduk melepak dekat rumah, upah dia suruh jaga. Tak perlu pun nak urus sangat, biar saja kawan tu buat. Kita bagi upah kan? Hah, sekarang dah dua warung, boleh dapat RM4000 sebulan.

Habis kita nak buat apa? Cawangan kedua tadi dah berjalan lancar. Pusing – pusing lagi, cari tempat sesuai nak pacak payung untuk cawangan ketiga, keempat sehingga kesepuluh.

Dalam sehari, satu warung RM100. 10 warung dah RM1000. Sebulan 25 hari, maknanya boleh dapat RM25 000. Tolak kos beli barang, minyak, upah gaji orang jaga, bolehlah dapat RM10 000 sebulan.

Berniaga air tepi jalan pun boleh jadi kaya. Cuma jual produk yang mudah, boleh beri manfaat untuk orang ramai dan pasti semua orang mampu beli.

Begitulah, kadang – kadang kita pandang terlampau jauh sangat. Nak berniaga itu ini, labur sana – sini. Sampaikan terlupa, yang rezeki tu dah ada di depan mata. Cuma tinggal kita nak gerak dan mula buat.

 

Tulisan asal,
Zulhilmi Daud
Bekas Cikgu.

 

Baca Sini : Nasihat Kepada Usahawan Yang Ingin Membuka Channel Outlet.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com/2017 Motivasi Bisnes

9 Perkara Negatif Yang Perlu Dielakkan Untuk Melonjakkan Bisnes Anda

facebook.com/iamasaziz Kewangan

5 Tips Daripada Lelaki Ini Mungkin Penting Untuk Anda Bagi Mengelak Kerugian Dalam Perniagaan

mybisnes.asia Kewangan

4 Jenis Duit Keluar Masuk Yang Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes

Scroll to Top