fbpx

Jika Anda Ingin Mencari ‘Business Partner’, Ini Adab Yang Patut Anda Ambil Tahu

7 Adab Mencari Bisnes Partner
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Partnership.

Dalam berbisnes, kita tak menang tangan kalau semua benda nak buat seorang diri. Dah letih di lapangan, kena sakit kepala nak tengok syarikat lagi.

Berpartnerlah.
Hati kuman dicicah, hati gajah sama dilapah.

Ada beberapa poin penting berkenaan bagaimana cara yang terbaik untuk mengajak seseorang untuk menjadi rakan partner di dalam perniagaan kita.

1. Apa Yang Kita Tawarkan

Kita mahu berpartner dengan orang, kita mesti ada tawaran. Tawaran untuk sama – sama menang. Tawaran yang kena rasa dengan agenda masing – masing.

Contoh,
Kalau kita hebat bahagian sourcing barang, cari partner untuk melengkapkan dokumen.
Hujungnya, kita sama – sama mahu buat untung.

2. Profesionalisme

Walaupun rakan JV itu adalah sahabat kita, kita mesti ada profesional attitude. Friend is friend, business is business.

Mesti datang dengan good presentation proposal. Bukan sekadar air liur. Tunjuk flow, beri presentation, terangkan satu demi satu. Just a simple act of pro, datang awal ke meja rundingan. Kita orang yang nak merisik.

3. Skil Berunding

Semua pihak mesti setuju dengan tawaran. Orang lain, semua mahu menang. Jika agenda kita masih belum tercapai, runding lagi. Pentingnya, jangan kita nak menang semua. Beralah dahulu, supaya terlaksana agenda besar.

Apa agenda besar?
Mahu berpartner.

4. Same Wavelength

Jika orang niaga, sekali sebut sudah faham isi maksudnya. Sekali cakap, sudah mengerti. Mengapa deal ini 80% akan menjadi?
Kerana agenda kami sama.

Minat trading. Produk letak depan muka, orang dah paham.

5. Bersetuju Duduk Atas Satu Perkara.

“Kalau dalam masa 6 bulan projek tak menjadi, kita katup kedai. That’s it. Kita cut lost

Adakah katup kedai dikira gagal? Tidak. Ini perkara biasa dalam niaga. Buat apa nak maintain niaga yang rugi. 7E pun ada yang pernah tutup outlet mereka.

6. Mesti Nak Untung

Mana ada orang set up niaga, agenda mereka nak rugi. Semua nak buat untung. Kita akan pulun usaha buat sungguh sungguh sampai menjadi. 6 bulan adalah tempoh masa nak tengok BMC kita betul jadi ataupun tidak.

7. Turun Padang

Ajak partner turun ke lapangan. Ajak ikut jumpa supplier. Sama – sama bertumbuk dengan supplier. Tunjuk direct, tak ada nak selindung apa dah. Apa yang kita buat, jap lagi sama – sama kita tengok.

Nak berpartner, ilmu kuntau kena tinggi. That’s how the deal is done.

Anda mendapat sesuatu daripada pembacaan ini? Silakan share untuk manfaat bersama yang lain.

 

Tulisan asal : Faiz Sufi

 

BACA : Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Perniagaan Di Kampus Masa Belajar Dengan Modal Rendah’

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

Jual Air Tepi Jalan Pon Boleh Kaya Jika Dilakukan Dengan Cara Yang Betul

tukangfikir.com Persyarikatan

Bagaimana Mengemudi Bisnes Gaya Korporat Cara Gen-Y

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

7 Ayat Yang Tak Akan Pernah Keluar Daripada Mulut Usahawan Yang Berjaya

Scroll to Top