fbpx

Inilah 7 Sebab Kenapa Pemilik Bisnes Makanan Di Malaysia ‘Tewas’ Sebelum 3 Tahun.

yorkscene.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Setiap hari membaca kejayaan orang lain membuka perniagaan makanan, boleh jadi ianya restoran ala carte, ‘seafood’ dan mahupun ‘food court’ membuatkan ramai yang seronok dan selepas itu berhasrat pulak menjadi seperti mereka.

Tahukah anda selepas beberapa tahun dari mereka yang memulakan bisnes ini ada yang kecundang malah ada yang tidak sampai usia bisnes mereka 3 tahun.

Kajian luar negara menjelaskan bahwa 95% dari business akan gagal pada tahun pertama manakala baki 5% tu pula, yakni 90% lagi akan gagal sebelum tahun ke 5.

Apa puncanya?

Jom kita baca bersama.

1. Motivasi Bisnes Palsu.

Kebanyakan mereka bermula dengan motivasi bisnes yang luar biasa, mendapat suntikan semangat dari seminar motivasi bisnes yang memberitahu dengan join bisnes sahaja kehidupan boleh bertukar hebat dalam tempoh yang singkat. Boleh jadi juga melihat kejayaan rakan yang baru setahun berniaga sudah boleh membeli kereta mewah dan hidupnya luar biasa. Tergiur dengan kejayaan orang lain dibidang yang mereka minat.

2. Tiada Ilmu Bisnes.

Ilmu yang dipelajari di sekolah berbeza dengan ilmu praktikal dalam bisnes, memang kita perlu perkiraan matematik dalam kehidupan tetapi matematik bisnes kadang bercanggah resultnya.

3. Tiada Tim Sukses.

Permulaan bisnes makan memang banyak kerja dibuat sendiri dan andalah kuli bataknya. Dari menyedia, memasak sehinggalah pengurusan. Berapa lama tempohnya? At least tidak lebih dari 3 tahun.

4. Terlalu Cepat Berkembang.

Baru setahun membuka satu restoran sudah plan buka cawangan sana, buka sini tanpa sempat ‘validate’ kekuatan bisnes tersebut dan tanpa diuji dengan pelbagai taktik. Tidak sempatpun mengenal ‘right customer’.

5. Buka Kedai Dengan Duit Pinjaman.

Pinjaman mudah, pinjaman peribadi memang senang didapati oleh mereka yang berkerjaya. Ini kesempatan yang baik menambah ‘income’ dan persediaan untuk keluar dari bidang pekerjaan dan terjuan ke medan usahawan itu antara kata-kata yang kita dengan selalu. Bila tiada perancangan dan mengandaikan keuntungan saja, kemungkinan malapetaka hebat akan melanda ekonomi mereka ini sebelum sampai 3 tahun usia perniagaan.

6. Mencampurkan Wang Bisnes Dan Peribadi.

Benda ini acap kali disebut dan disyorkan oleh mereka yang pakar dan terlibat dalam perniagaan. Jangan campur adukkan wang perniagaan. Bayar gaji bila bekerja dalam syarikat sendiri. Kalau tidak aliran tunai syarikat akan bercelaru dan boleh meranapkan perniagaan makanan anda.

7. Tiada Roadmap Atau Peta Jalan.

Antara perkara yang selalu dilupakan tetapi sangat penting. Kalau ditanya kepada mereka yang baru dalam bidang makanan akan bertanya. Perlukah ‘road map’ ini? Tujuannya apa? Dan bagaimana boleh membantu perniagaan saya?

Sebenarnya banyak punca lain yang boleh disenaraikan kenapa perniagaan makanan ini boleh tewas sebelum 3 tahun, untuk hari ini cukuplah 7 sahaja dulu disenaraikan.

 

Ilmu yang baik adalah ilmu yang disebarkan dan dapat manfaat kepada orang lain juga.
Silakan SHARE supaya yang lain juga dapat membacanya.

 

Tulisan asal : Tuan Andy Syamsuddin

 

BACA LAGI3 Pesanan Kepada Orang Muda Dalam Menentukan Kerjaya

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

Tips Memilih Seminar Yang Boleh Membantu Kita Memulakan Bisnes Dengan Betul

bank Kewangan

Bank Yang Paling Sesuai Untuk Buat Loan Rumah

nadiahabdah.com S.O.P

Bisnes Rugi 30k Kerana Tiada SOP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top