fbpx

Ini Sebab Mengapa Bisnes Kita Jatuh Jika Terlalu Fokus Kepada Pembangunan Produk

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Lebihkan fokus kepada pelanggan lebih daripada fokus kepada produk. Dengan menetapkan pengalaman pelanggan, kita akan mempunyai banyak pilihan mengubah cara produk untuk kita serve kepada mereka.

Buat penambahbaikan produk sehingga dapat menepati citarasa pelanggan dan pelanggan akan cari jalan bagaimana untuk mendapatkan produk yang serasi dengan mereka tak kira walau dalam apa cara sekali pon.

Jika anda adalah peniaga jalanan dan tertanya – tanya di manakah pelanggan anda, artikel ini mungkin untuk anda.

Kita semua telah beralih daripada zaman perindustrian di mana ia adalah semuanya berkisar tentang produk kepada zaman teknologi di mana ianya berkisar tentang pengalaman dan penyesuaian kepada pelanggan.

Selain daripada fokus kepada pembangunan dan juga pengeluaran produk, kita sepatutnya melebihkan fokus kepada pengalaman dan penyesuaian produk kepada pelanggan.

Bisnes anda yang sebenarnya bukanlah bermula daripada ketika anda mempunyai produk, tapi ianya bermula pada ketika anda sudah mempunyai pelanggan.

Jadi, sudahkah anda mengenal pasti siapakah pelanggan terbaik anda? Jika masih belum ada lagi, anda sudah boleh mulakan untuk mengenalpasti siapakah pelanggan terbaik anda.

● Problem (Masalah) – Apakah masalah yang mereka perlu selesaikan?
● Promise (Janji) – Apakah manfaat yang anda deliver untuk menyelesaikan masalah tersebut?
● Product Produk) – Bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut lebih baik daripada pesaing yang lain.
● Proof (Bukti) – Mengapa pelanggan anda perlu mempercayai anda?

Pastikan anda sentiasa menaik taraf jawapan anda (juga bersama produk anda) secara berkala kerana apa yang pelanggan anda perlukan, harapan mereka dan bagaimana cara anda melayan pelanggan anda akan berlalu dengan pantas mengikut peredaran masa.

Sebaik sahaja anda masuk ke dalam flow tersebut, anda akan mula tahu apa yang pelanggan anda perlukan sebelum meraka sendiri tahu apa yang mereka perlukan dan mereka mula ternanti – nanti apa yang anda akan tawarkan kepada mereka di masa akan datang.

“Dekatkan diri dengan pelanggan. Sangat dekat sehingga anda dapat memberitahu mereka apa yang mereka perlukan sebelum mereka sendiri sedar apa yang mereka perlu.” -Steve Job-

Cara paling mudah untuk mempertahankan perniagaan anda hingga ke masa akan datang adalah dengan mempunyai kelompok pelanggan yang menyukai anda.

Cara paling mudah untuk gagal pula ialah dengan sayang kepada idea dan produk lebih daripada anda sayang kepada pelanggan anda. Jadi, carilah soul-market anda dan buatkan mereka jatuh cinta dengan anda berkali – kali.

 

Tulisan asal : Roger James Hamilton

 

Baca Sini : Graf Kitaran Yang Orang Bisnes Perlu Tahu Untuk Memastikan Bisnes Sentiasa Meningkat Naik.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Persyarikatan

3 Sebab Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Daftar Sdn. Bhd.

IPOH 21 January 2015. ( METRO IPM714P ) Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membuat Tagline 'Qu Puteh, barulah puteh' sambil menyentuh pipi dengan jari yang digunakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menggunakan sebagai bahan ejekan serta lawak. NSTP/Muhaizan Yahya. Jualan Dan Pemasaran

Kenapa Kami Kata Dato Vida Usahawanita Yang Licik?

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

5 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Oleh Usahawan Amatur Tanpa Sedar

Scroll to Top