fbpx

Ini realiti dunia bisnes. Jangan lembik sangat, Kalau tak nak kena gigit.

wp-1469524359481.jpg
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Biar aku beritahu satu rahsia

yang semua orang tahu.
Amaran : Tulisan ini tidak menggunakan

BMT (bahasa melayu tinggi)
==========

Dunia bisnes ini kejam.

Kalau rasa nak santai nak rehat nak bahagia,

dunia bisnes bukan tempatnya.

Kerja dengan orang senang ker?
Tak juga,
Jadi apa yang senang?

Jawapannya, tiada, memang tiada.

Alang-alang dah tiada yang senang,

apa kata buat terus yang paling susah.
BERBISNES ATAU BERNIAGA.
Buat, buat, buat sampai jadi.
Isu kena tiru,

Isu kena sailang,

Isu kena tipu,

Isu kena scam,

Isu kena gebang,
Itu adat dalam bisnes.
Adat means ko kena hadap sampai lumat.

Ko tak suka dan menyokong, tapi kau

kena terima, faham tak nieh, kena terima.
Ko tak boleh jadi hero dan juga jadi wartawan

macam superman, sebab ko bukan superman.
======

Ko kena pilih satu dari dua,

ya, satu sahaja..

======
kalau kau pilih untuk glamer di fb

ko kena faham akan ada orang benci ko

sama ada ko buat seribu kebaikkan atau tidak.
kalau kau pilih untuk berniaga di FB

ko kena faham ada seller lain yang akan sailang

customer ko suka atau tidak.
kalau kau pilih untuk buat seminar,

ko kena hadap akan ada orang yang kutuk

dan tak suka modul ko.
kalau kau pilih buat penulisan,

ko kena hadap akan ada orang yang curi

hasil ko dan kau tak berdaya buat apa-apa.
kalau kau pilih tulis resepi dalam fb,

ko kena hadap akan ada orang tiru dan

terus tiru untuk dapatkan share like dan view macam

kau.
Hadap dan Move On bukan bererti ko sokong,

bukan, jangan benak sangat boleh?
Hadap sebab itu lumrah, Move on

sebab ko tak boleh buat apa-apa pun

sebenarnya.
Tolong jangan samakan dengan kena ragut,

Kemudian kata yang hak kena ragut tu adalah hak allah

Jadi tak boleh marah..
Eh, jangan bodoh sangat boleh?
Tak rasa bodoh ker timbulkan argumen mcm tu,

Dah tau kena ragut, pergi report polis,

kalau kena tangkap baguslah, kalau tak kena?

Ko boleh buat apa?
Sama macam plagiat atau curi atau sailang,

Pergi buat report,lepas tu silakan nak buat apa pun.
Ini tidak, sembang gegar-gegar,

Kemudian cakap, satu lagi cw kena curi, lepastu buat ayat sedih,

redho jerlah, kastemer kena sailang, redho jerlah,

sekarang ni ko yang redho sendiri, ko yang marah sendiri….
Stupido torpedo betul.

So lame argument tu.
======

Dua pemikiran berbeza orang bisnes.

======
Pemikiran 1
Orang bisnes dia dah masak dah

terima keadaan yang aku sebut kat

atas. Masak sampai tak kisah kau nak

tiru kau nak sailang atau kau nak scam.
Bukan tak kisah itu menghalalkan, bukan.

Tak kisah kerana benda itu di luar kawalan

dan di luar bidang kuasa kita.
Ko nak berjuang, berjuanglah betul-betul..

Ambil lawyer, buat persatuan, buat kempen kesedaran

dan buat segala macam ikut lunas undang-undang.
Key Word : Lunas undang undang.
Pemikiran 2
Orang bisnes yang belum faham

sangat longkang bisnes ni :
Fikiran dia selalu terganggu.

Kenapa aku buat bisnes orang kacau,

kenapa aku letak phone orang sailan,

kenapa tulisan aku diplagiat

kenapa aku kerja bagai nak gila orang lain

makan hasilnya..
Banyak kenapa dan banyak persoal

benda di luar kawalan…
Tak mengapa, aku juga begitu dulu,

Akhirnya aku faham, aku hanya boleh

kawal apa yang aku mampu kawal, selebihnya

bukan kerja aku untuk ubah satu dunia,

lagi-lagi dunia sekarng ni adalah FB.
Benda ni korang, aku dan kita semua kena faham.

Bukan lah move on itu terima terus bulat-bulat,

tetapi belajar susun strategi dan susun gerak kerja

tanpa pelu menyalahkan perompak dan pencuri yang

memang dah takda simpan sebarang kemaluan dalam

etika bisnes mereka.

=========

Contoh kena scam,

Benda ni jadi sebab kau sendiri yang benarkan..

=========
Macam mana kau benarkan,

kau benarkan dengan mengambil enteng

undang-undang,.
kau benarkan dengan tidak buat deu deligence

terhadap orang yang kau nak kerjasama.
kau benarkan sebab kau tak ambil langkah

berjaga-jaga macam buat surat lawyer,agrement

dan sebagainya…
Semua jadi sebab kau benarkan.

Move on, belajar dan make sure jangan kena

scam lagi. Bukan move on dan keep going kena scam.

itu bodoh tahap downline infinity.
========

Contoh pelanggan kena

sailang dalam fb.

========
Itu berlaku sebab kau benarkan.

Kau mintak dia letak no fon kat FB,

orang pun sailang sebab dah hidang

peluang depan mata.
Itu berlaku sebab kau benarkan,

kenapa? Dah tau kau buat macam tu, ko masih

lambat nak reply dan hidekan komen tu supaya

orang lain tak boleh tengok..
Itu berlaku sebab kau benarkan,

Kenapa? Sebab bila orang dah letak

no fon, ko lambat follow up.
Jadi ko kena move on, Move on bukan

ko kena terima orang sailang ko, ko

kena move on cari cara lebih baik dan lebih

mantap, contoh, guna google form, sebab free,

guna database expension, sebab free..
Bukan move on dan buat iklan tu sama

kemudian harap result berbeza. Itu bodoh

namanya.
Itu contoh sahaja,

banyak lagi aku nak tulis sebab

aku harap korang faham realiti bisnes

ini bukan macam kau pergi secret resipi

berdua dengan awek sambil suap

menyuap.
Bisnes ni bukan suwit sangat sampai kau

boleh naik limo sambut birthday awek ko

yang memang dah tau suprise dan buat-buat

terkejut.
Bukan..
Bisnes bukan begitu.

Ko kena hadap 1001 benda yang

ko tak suka dan akhirnya belajar kawal

apa yang kau boleh kawal sahaja.
Itu paling penting.

Itu paling utama.

Itu paling besar sekali skopnya.
Orang yang mencuri, menciplak, menyailang

ini kau tak perlu ajar untuk berubah,

kita orang bisnes, bukan psikologist atau kaunselor.
Kita fokus pada matlamat kita.

Kita buat semua ikut lunas undang-undang.
Dan kau kena ingat,

dalam bisnes, selagi kau masih tak

langgar undang-undang,

kau masih belum langgar etika.
dan kau kena ingat, etika bisnes

adalah apa yang terkandung dalam

undang-undang.
Kalau korang baca sampai habis,

memang korang tabah..
Aku bagi 5 bintang.
Kalau ko baca separuh dan terus

scrool bawah, aku bagi 3 bintang.
Kalau korang tak baca, tapi terus like

dan komen, aku bagi penampar jawa

sedas secara ghaib.
Hakikatnya dalam bisnes…

DOG EAT DOG.

Face it or leave it.
Kalau bermanfaat share,

kalau mengarut bagitau kat

komen…
Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
#tukangfikir

Baca sini
 : 5 Tips Daripada Lelaki Ini Mungkin Penting Untuk Anda Bagi Mengelak Kerugian Dalam Perniagaan

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

Sumber : FB Abul Azlan Abul Barakath Motivasi Bisnes

Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Perniagaan Di Kampus Masa Belajar Dengan Modal Rendah

tukangfikir.com Jualan Dan Pemasaran

4 Perkara Perlu Ambil Perhatian Sebelum Buat Keputusan Untuk Bina Jenama Sendiri

Cover picture cara tetapkan harga Kewangan

Sebelum Tetapkan Harga Produk atau Servis, Baca Ni Dulu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top