fbpx

Ini Adalah Perkara Yang Owner Syarikat Perlu Buat Jika Ingin Ambil Gaji Besar

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sebab ada syarikat sendiri dan uruskan bahagian operasi. Saya agak faham akan isu ini tetapi saya tak fikir orang lain mahu faham apakah tanggungjawab bersama gaji mahal.

Ini dapatan saya dalam 2 tahun lebih:

1. Ilmu
Biasanya sama ada hasil dari kita belajar sampai PhD atau dari pengalaman. Bab pengalaman ni bukan calang calang. Setakat setahun dua orang tak pandang.

Finance yang 10 tahun pun ada yang masih bergaji bawah RM5K. Bayangkan kita yang baru setahun buat kerja? Kemudian kelulusan pun setakat sijil?

2. Bebanan kerja
Gaji mahal tak ada masalah tetapi bersamanya bebanan kerja maha dasyat. Nama CEO dan setaraf nampak mewah tetapi meletihkan.

Kita kena boleh bekerja dari pagi hingga lewat malam. Juga mesti boleh bekerja sabtu dan ahad tanpa alasan tak boleh hadir. Kena boleh hadir kerja bila bila masa dan sentiasa fikir hal kerja

3. Sikap
Sikap bekerja bergaji mahal juga berbeza. Tak ada sikap beri alasan, mengeluh, atau tak pandai. Dapat kerja dan buat.

Kena marah dan maki bos itu biasa, walaupun bukan salah kita. Jalan terus. Termasuk juga disiplin kerja yang lain

Cukuplah 3 perkara ini.

Kalau staff dalam pasukan kami minta gaji RM10K sebulan, sebenarnya saya pun tak ada masalah, janji mereka ada sikap seperti di atas, itu sudah cukup.

Masalahnya, untuk bersikap sebegitu, mereka tak sanggup.

Sebaliknya lebih suka mengeluh gaji kecil, mahukan gaji mahal tanpa mahu ambil tanggungjawab yang berat sebegitu.

 

Tulisan asal : Mohd Alif Haiqal

 

Baca Sini : Cerita Gambaran Penuh Bagaimana Pemilik Bisnes Boleh Dapat Gaji RM10K

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com/bagaimana-ingin-memulakan-tahun-2017-dengan-agresif Motivasi Bisnes

5 Sebab Kita Perlu Lebih Agresif Pada Tahun 2017

wp-1469524359481.jpg Motivasi Bisnes

Ini realiti dunia bisnes. Jangan lembik sangat, Kalau tak nak kena gigit.

tukangfikir.com Persyarikatan

4 Perkara Yang Membolehkan Pengarah Syarikat Disenarai Hitam

Scroll to Top