fbpx

Cara Terbaik Untuk Mendidik Staf Tanpa Perlu Menggunakan Emosi

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ramai majikan tidak faham tentang beza mendidik dan menguatkuasakan SOP. Apabila kita mahu mendidik kita kena berikan masa.

Berapa masa yang diperlukan? Minima standard industri selama 3 bulan.

Bagaimana nak mendidik dalam masa 3 bulan? Mendidik dalam masa tiga bulan adalah melaui SOP kerja dan juga JOB Objektif yang diberikan. Jadi tiada istilah staff tidak faham dan tidak mampu perform dalam masa 3 bulan.

Sekiranya selepas tiga bulan dan staff masih tidak faham bagaimana? Kita ada pilihan untuk melucutkan jawatan dan memberikan surat pemberhentian kerja.

Bagaimana kita mahu ada kelayakkan berhentikan mereka? Kita kena ada Surat Lantikan dan juga Kontrak Kerja yang mereka dan kita sain semasa masuk kerja. Jadi mula kan cara yang betul bila kita ambil staff. Ini akan melindungi hak kita sebagai majikan, dan hak pekerja sebagai pekerja.

Bagaimana menguatkuasakan SOP? Sepanjang masa staff kita bekerja, mereka terikat dengan peraturan dan SOP kerja yang ada dalam syarikat kita.

Itu pun kalau ada, kalau tiada mula buat sekarang. SOP tidak memerlukan kita menjerit terpekik terlolong marahkan staff.

Sebagai contoh, sekiranya staf melanggar SOP atau peraturan yang kita telah tetapkan, maka kita hanya perlukan sekeping surat amaran yang menyatakan butir kesalahan dan staff haruslah membalas sama ada berupa keterangan atau kenyataan tentang masalah yang beliau alami.

Berapa kali kena bagi surat? Kena bagi at least 3 kali dan disusuli dengan surat pemberhentian kontrak atau perkhidmatan.

Perlu diingat! Marah staff tidak selesaikan masalah, sebaliknya menjatuhkan kredibiliti kita sebagai pemilik bisnes.

Semoga bermanfaat untuk anda dan sila share jika bermanfaat.

 

Baca Sini : 6 Faktor Bagi Memastikan Staff Sentiasa Bersemangat Untuk Bekerja.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Kewangan

17 Perkara Yang Usahawan Perlu Tahu Tentang Cukai

tukangfikircom-putting-all-your-eggs-in-a-basket Motivasi Bisnes

Ini Step By Step Bina Perniagaan Baru tanpa Ganggu Perniagaan Sedia Ada

Tukang-Fikir-Tips Jualan Dan Pemasaran

6 Tips Untuk Menarik Pelanggan Untuk Datang Ke Premis

Scroll to Top