Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Beli Kereta Atau Beli Rumah Dahulu? Lelaki Ini Mempunyai Pandangan Yang Tersendiri.

top donate

wanted to became top donate ? TF

Bercerita bab kewangan peribadi. Nama pun peribadi. Maknanya keputusan adalah hak peribadi. Ikut situasi sendiri.

Orang lain cuma beri panduan dan tak semestinya panduan itu sesuai. Beli rumah dahulu, beli kereta kemudian. Jika situasi kita memerlukan kereta. Beli sahaja lah kereta. Jangan tersekat otak sebab kena beli rumah dahulu.

Kalau pekerjaan kita perlukan kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Belilah kereta. Jangan kerana nak beli rumah dahulu, tak mahu beli kereta sampai hilang pekerjaan. Terutama yang dah berkahwin. Paksa anak isteri naik motor hadap panas hujan. Sedangkan kita mampu beli kereta. Walaupun kereta kecil, tak kisahlah, janji berteduh panas hujan.

Situasi saya :-
Saya tak beli rumah. Saya beli kereta. Mahal pula tu. Sebulan RM1100. Menangis.

Nak buat macam mana. Ford Ranger itu perlu untuk angkut barang hantar ke stor. Kalau ahli hartanah atau ahli asb mesti kata saya tak cerdik. Tetapi apa mereka tak tahu, saya orang berdagang. Sumber kewangan kami bukan datang dari gaji sahaja.

Sekarang saya cerita balik. Macam mana hutang kereta itu tidak jadi hutang jahat walaupun banyak?

Syarikat sudah berikan gaji yang menampung hutang kereta. Katakan kita perlukan RM3000 sebulan. Tambah sahaja RM1100. Total gaji RM4100.

Jangan pelik. Ini kelebihan orang bisnes. Jumlah gaji, ikut suka kau lah nak ambil berapa pun. Janji syarikat mampu bayar gaji tersebut. Baik beli rumah dari beli kereta.

Orang berdagang, aset dia adalah perniagaan atau syarikat. Orang hartanah, bagi mereka aset itu adalah rumah.

tukangfikir.com

Nilai syarikat sebagai aset ini lebih besar nilai.

Kenapa?
Ia boleh ada gaji, ada elaun, ada dividen, dan ia boleh beli sebanyak mana hartanah selagi mampu. Sekarang, sudah ramai ahli perniagaan yang beli hartanah secara “borong” sebab syarikat mereka ada dana untuk beli.

Bagi orang berdagang, syarikat inilah pelaburan mereka. Bahkan lebih besar pulangan dari mana mana instrumen pelaburan.

Saya beri contoh :-
Ada orang laburkan RM5000 untuk memulakan bisnes. Dia jaga dan dia bina bisnes tersebut. Sepanjang tahun pertama cuma mampu beri gaji RM1500 sahaja. Jika kita kata gaji itu adalah “dividen” pelaburan. Maka tahun pertama sudah dapat RM18000 dari modal RM5000.

Berapa peratus? Kiralah sendiri.

Inilah “pelaburan” orang berdagang.

Rugi? Itu kan adat pelaburan. Dah lupa? Itu belum cerita bila perniagaan itu sudah sampai fasa bergerak sendiri. Dia tak ada pun, bisnes berjalan macam biasa, dibayar elaun atau gaji juga macam biasa.

Pendek cerita, lihat ahli perniagaan kaya-raya yang membina bisnes. Mereka fokus bina bisnes. Kelak, bisnes itulah yang belikan rumah dan kereta.

Apa pun, memang betul. Bukan semua orang tahu berniaga. Juga, jangan lupa. Bukan semua orang sama macam kita.

Orang berdagang lain.
Orang ASB lain.
Orang hartanah lain.

Jangan pukul rata semua orang.
Pilih jalan kita.
Buat betul betul.
Buat sampai jadi.

P/S: Saya sendiri guna ilmu simpan 10% gaji. Saya sendiri melabur di BSKL dengan duit simpanan. Saya sendiri sedang menabung beli rumah dan syarikat jugalah yang “beri” saya semua duit itu.

Adakah anda sudah jelas nak beli rumah dahulu atau kereta dahulu? Sila share jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda dan juga orang lain.

 

Tulisan asal : Mohd Alif Haiqal

 

Baca Sini : 5 Tips Daripada Lelaki Ini Mungkin Penting Untuk Anda Bagi Mengelak Kerugian Dalam Perniagaan

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.