Dieses Sicherheitssystem ist notwendig, um zu verhindern, dass der replica orologi Taucher vom Messgerät getäuscht wird und länger eingetaucht bleibt, als ihm seine Sauerstoffflasche eigentlich erlaubt.

Beste kwaliteit replica horloges Rolex in Nederland

Bagaimana Seorang Pemilik Bisnes Buat Dapat Pendapatan RM10K Sebulan Dengan Kira-Kira Bisnes Yang Betul

Cerita gambaran penuh bagaimana pemilik bisnes boleh dapat pendapatan RM10K sebulan

Benda asas untuk faham perkara ini ialah faham cara bahagi margin untung kasar produk dengan betul

Ok. Bahagikan begini ya:

1. Kos dapatkan satu jualan
2. Kos operasi
3. Gaji pekerja
4. Untung bisnes
5. Gaji sendiri

Jadi, kalau kos satu produk RM50, harga jual RM100. Ada margin RM50. Bahagilah begini;

1. RM20 – kos satu jualan. Kalau buat iklan berbayar RM20, mesti dapat satu jualan bagi setiap RM20.

2. RM10 – segala apa berkaitan operasi.

3. RM5 – Ya, dalam margin ada gaji pekerja. Senang buat KPI. Mahu gaji RM5000 sebulan. KPI kena jual 1000 unit dalam sebulan.

4. RM10 – mesti ada untung bisnes. Nak besarkan bisnes. Pakai duit ini lah.

5. RM5 – gaji sendiri. Mahu gaji RM10K? Pastikan jualan 2000 unit setiap bulan.

Ok. Ambil kalkulator. Tulis atas kertas, mahu gaji berapa?

Mahu 10K? Buat jualan 2000 unit sebulan

Macam mana nak dapat jual 2000 unit?

Kos pemasaran untuk dapatkan jualan RM20 x 2000 = RM40,000

Ini kita sebut “One Metric That Matters” – OMTM. Walaupun itu adalah anggaran. Sekurangnya, kita ada angka yang boleh dipegang dalam buat keputusan.

Boleh dapat ke?

Jangan sibuk pasal “boleh”. Sibukkan diri dapat 2000 jualan dalam sebulan

Macam mana nak lagi cepat?

1. Tingkatkan closing rate. Wujudkan Upsell. Naikkan Upsell rate

2. Untuk yang guna iklan berbayar. Tak perlu gila hadap iklan kalau kos satu jualan masih bawah RM20 – kalau kos anda sama dengan saya lah

3. Panjangkan jangka hayat membeli pelanggan. Jaga pelanggan. Biar pelanggan repeat order atau tawarkan produk lain yang berkaitan dengan pelanggan.

4. Tawarkan jadi reseller. Panjangkan lagi hayat mereka

Kesimpulannya. Disebalik gaji 10K dan dapat jualan 2000 unit

Kita ada untung bisnes 20K (RM10 x 2000). Boleh buat macam macam untuk besarkan bisnes

Kita tak pening pun bayar gaji pekerja.

Kalau basic pekerja RM1500 termasuk KWSP dan Socso. Kita siap boleh beri bonus. (RM5 x 2000 = RM10K).

Ini yang orang kata: pekerja yang bayar gaji sendiri. Letak KPI

Kerja kita. Pastikan purata kos satu jualan mesti bawah RM20.

Kerja tim jualan buat closing. KPI 2000 jualan

Jangan risau bayar operasi. Kita ada 20K untuk bayar semuanya. Tak cukup ke?

Mudah ke?

Saya tak kata mudah. Saya beritahu: beginilah kami buat.

Setakat buat iklan untuk kelas seminar jualan 7 angka. Sedikit pun kami tak hairan atau teruja. Benda itu mudah dibuat secara terancang.

Ada manfaat? Harap tuan bayar perkongsian ini dengan click butang SHARE.

Oh ya, kalau baca pun tak faham dan tak jelas, eloklah belajar kira bisnes ini.

Tulisan asal: Mohd Alif Haiqal

11 thoughts on “Bagaimana Seorang Pemilik Bisnes Buat Dapat Pendapatan RM10K Sebulan Dengan Kira-Kira Bisnes Yang Betul”

  1. Bagus perkongsian puan. Tapi saya nak ingatkan di sini, business ni bukan hanya kita pandai pada marketing dan sale je. Dalam ekonomi yg mencabar skang ni, buying power sgt lemah sekarang ni. Byk org nak kan produk dgn harga yg sgt murah walaupun kualiti teruk. Kita boleh tgk berap banyak syarikat dah mula gulung tikar sebab sale merudum. Bagi saya setiap peniaga perlu ada plan waktu senja begini. Ye la business tak selalu nya cerah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://perpustakaan.pa-situbondo.go.id/-/slot-gacor/