fbpx

Bagaimana Membahagikan Margin Mengikut Kos Bisnes

Mengira Margin Bisnes
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana membahagikan margin mengikut kos bisnes.

Bismillah.

Contoh Produk Kurus. Harga jual satu unit produk ialah RM50, tidak termasuk kos pos.

Kos satu produk ialah RM23.

Kos pos pelanggan bayar. Tiada kos pos dalam contoh kiraan ini

Bagaimana nak kira margin jualan?

[(Harga jual – Kos produk) / Harga jual] x 100 = Peratus Margin Jualan

= [(RM50 – RM23) / RM50] x 100
= [RM27/RM50] x 100
= 0.54 x 100
= 54%

Margin jualan ialah 54% atau nilainya RM27. Nampak banyak sebab belum tolak kos iklan dapatkan satu pelanggan.

Rujukan: objektif marketing ialah untuk dapatkan pelanggan.

Total kos iklan / Jumlah pelanggan = kos satu pelanggan

Mengikut data yang diberikan, kos satu pelanggan ialah RM20
= RM27 – RM20
= RM7

Baki margin jualan ialah RM7 atau peratusnya 14%.
= ( RM7 / RM50 ) x 100
= 0.14 x 100
= 14%

Dalam kos bisnes, bukan hanya ada kos gaji sendiri atau untung bisnes sahaja.

Ini 7 kos yang saya senaraikan secara umum dan ini sekadar contoh bagaimana bahagikan margin.

1. Sewa dan Utiliti – 2%
2. Gaji sendiri – 2%
3. Gaji staff jualan – 2%
4. HR – 1%
5. Akaun – 1%
6. Admin – 1%
7. Packing & Delivery – 1%
7. Profit – 4%

Bagaimana nak tahu jualan breakeven? Pilih kos paling besar dengan margin paling kecil.

Contoh, kita katakan kos HR ialah RM2500 dan margin 1%.
= RM2500 / 1%
= RM250,000

Jualan RM250,000 diperlukan untuk capai breakeven. Bersamaan perlu jual 5,000 unit produk kepada 5,000 pelanggan
= RM250,000 / RM50
= 5,000

Bagaimana nak tahu jualan breakeven untuk gaji sendiri?

Katalah gaji RM630 dan peratus margin gaji sendiri seperti contoh di atas ialah 1%.

= RM630 / 1%
= RM63,000

Kenapa kena pecahkan kos begitu?

Kalau peratus margin setiap kos tak diagihkan sejak awal. Bila bisnes berkembang, biasanya keluar alasan: bisnes tak ada duit. Padahal, kita tak letak peruntukkan dari awal.

Inilah salah satu konsep membuat bajet dalam bisnes.

Kenapa kena tetapkan profit dari awal?

Itu hanyalah teknik dari ilmu menyimpan iaitu simpan dahulu, baru belanja bakinya.

Apabila ada sasaran untung, mudah merancang perbelanjaan pada masa depan untuk kembangkan bisnes.

Klik di sini untuk belajar kira-kira bisnes yang betul

Kalau margin kecil begini apa perlu buat?

Rancang strategi jaga pelanggan.

Ingat, kos iklan dapatkan satu pelanggan adalah RM20 atau 40% dari peratus margin.

Fasa pertama: jual kepada pelanggan baru.

Fasa kedua: jaga pelanggan setia.

Gunakan taktik upsell dalam menjual. Contohnya menjual 2 unit produk pada setiap pelanggan

Ini matematiknya.

Bila jual 2 unit produk. Margin selepas tolak kos produk dan kos satu pelanggan bertambah menjadi 34%.

= [ (RM100 – RM46 – RM20 ) / RM100 ] x 100
= [ RM34 / RM100 ] x 100
= 0.34 x 100
= 34%

Kini nilai margin ialah RM34. Bukan lagi RM7. Naik RM27

Peratus margin naik 20%, dari 14% kepada 34%

Contoh pembahagian margin yang baru selepas memperoleh 34%

1. Sewa dan Utiliti – 5%
2. Gaji sendiri – 10%
3. Gaji staff jualan – 5%
4. HR – 3%
5. Akaun – 2%
6. Admin – 3%
7. Packing & Delivery – 2%
7. Profit – 4%

Katakan kita gunakan kos HR yang sama.
= RM2500 / 3%
= RM83,333

Hanya dengan peruntukan margin bertambah dari 1% kepada 3% atas kos HR, jumlah jualan breakeven turun dari RM250,000 kepada RM83,333

Ini satu contoh kiraan bila kita fokus taktik upsell jualan kepada pelanggan baru.

Bagaimana dengan fasa kedua? jaga pelanggan setia?

Strategi jaga pelanggan akan beri margin lebih besar kerana kita jimat kos iklan mendapatkan satu pelanggan.

Dalam kes ini, kosnya ialah RM20. Dalam peratus margin, ia adalah 40% jika jual satu dan 20% jika jual dua.

= ( RM20 / RM50 ) x 100
= 0.4 x 100
= 40%

= ( RM20 / RM100 ) x 100
= 0.2 x 100
= 20%

Katakan hasil dari jaga pelanggan, purata seorang pelanggan akan membeli lagi 2 unit produk. Kesemuanya ialah 4 unit produk

= [ ( RM200 – RM92 – RM20 ) / RM200 ] x 100
= [ RM88 / RM200 ] x 100
= 0.44 x 100
= 44%

Hasilnya, nilai margin sudah naik menjadi RM88 dan peratus margin sudah naik menjadi 44%

Ada 3 masalah yang besar yang pengurus bisnes tak nampak:

1. Dia tak pandai kira margin. Tak tahu beza margin dan markup
2. Dia tak pandai bahagikan margin dan proses menentukan bajet
3. Dia tak tahu nak buat adjustment dari margin untuk optimumkan kos

P/s: ini ilmu untuk membahagikan margin mengikut kos bisnes, bukan ilmu akaun bisnes untuk tahu rugi atau untung.

Tulisan asal: Mohd Alif Haiqal

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

Tukang-Fikir-Kira-kira Kewangan

6 LANGKAH SIMPAN RESIT RESIT SECARA TERATUR

tukangfikir.com Staff

Cara Terbaik Untuk Mendidik Staf Tanpa Perlu Menggunakan Emosi

corporate-guys Persyarikatan

Ini 1 Kelebihan Utama Sendirian Berhad Yang Ramai Orang Tak Tahu

Scroll to Top