fbpx

9 Tips Efektif Menghadapi Masalah Kewangan Peribadi

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Kewangan, Kewangan Peribadi VS Kewangan Syarikat, Masalah Kewangan, Masalah Peribadi, Cara Terbaik Menyusun Kewangan, Cara Buat SOP Kewangan, Kira Kos Dan SOP Kewangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Masalah Kewangan Peribadi

Adakalanya kita dan keluarga kita dilanda masalah kewangan yang mendesak sehingga kita hilang punca, hilang pertimbangan, hilang pedoman.

Ini bahaya!

Contoh keadaan yang biasa berlaku :

● Suami atau ayah hilang pekerjaan.

● Suami atau ayah sakit hilang upaya kekal atau meninggal dunia.

● Kita baru bekerja selepas lama diberhentikan, masa inilah rumah nak kena lelong, kereta nak kena tarik.

Juga pelbagai lagi keadaan yang hanya pernah melaluinya saja lebih mengetahuinya.

9 Tips Boleh Digunakan Untuk Menghadapi Dan Mengawal Keadaan Ini

● Rujuk dan rajuk kembali kepada Yang Memberi dan Menarik Rezeki. Mohon ampun, mohon bantuan, mohon diberi kekuatan.

● Senaraikan semua perbelanjaan kita. Asingkan antara keperluan dan kehendak. Keperluan – Tiada kita pincang atau mati. Kehendak – tiada pun tak mengapa.

● Mula potong belanja kehendak dahulu dan kemudian adjust keperluan kita. Contohnya, biasa belanja dapur RM500, adjust jadi RM250.

● Bezakan pembelian ekonomi dan berkualiti dengan pembelian murah dan tidak berkualiti. Jangan cari yang mahal pada waktu ini.

● Sediakan bajet belanja dan unjuran pendapatan. Dengan bajet kita dapat kawal belanja.

● Berbelanja dengan list yang ditulis, bukan diingat di dalam akal serabut kita.

● Dengan unjuran yang kita buat, pergi bincang dengan pemiutang kita. Bincang bagi mereka faham dan adjust kaedah bayar hutang. Jangan lari dari hutang dengan cara senyap atau tak angkat call.

● Basic proses pemulihan ekonomi – Naikkan pendapatan, kurangkan belanja. Jika tak boleh naikkan pendapatan, kurangkan belanja.

● Akhir sekali, jaga nafsu, ego dan rakan yang negatif dari mengawal cara kita berfikir dan bertindak. Cari sahabat yang mampu nasihat kita dengan betul.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi keadaan sukar, dipermudahkan menjalankan proses recovery dan dikeluarkan dari masalah yang mendesak iman dan akal kita.

Sila share post ini untuk manfaat kepada sahabat lain.

 

Tulisan asal : M Firdaus Baharuddin

 

BACA : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikircom-putting-all-your-eggs-in-a-basket Motivasi Bisnes

Ini Step By Step Bina Perniagaan Baru tanpa Ganggu Perniagaan Sedia Ada

tukangfikir.com Motivasi Bisnes

Kisah Jatuh Bangun Empayar Nouvelle Visage Yang Boleh Dijadikan Contoh Dalam Perniagaan

dominos-bonus-vouchers-752x440 Jualan Dan Pemasaran

Strategi Marketing Abad 21, Domino’s Bijak Tunggang Trend!

Scroll to Top