Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

8 Langkah Susun Duit Bisnes Supaya Tak Ada Alasan Terpakai Duit Syarikat

top donate

wanted to became top donate ? TF

“Bagaimana saya mahu asingkan duit bisnes dengan personal tuan? Peninglah asyik terpakai je.”

Ini soalan yang paling popular dalam BENGKEL SOP KEWANGAN. Saya kongsikan eksklusif untuk
anda di sini kali ini.

Langkah 1

Daftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

● Kalau enterprise kos sekitar RM60 ke RM80 sahaja.
● Kalau nak daftar PLT pun boleh. Kos dalam RM 500.
● Cuma kalau Sdn. Bhd. sahaja kena pakai setiausaha syarikat. Kos pula sekitar RM 2500 sahaja.

Langkah 2

Lepas daftar semua terus buat Cop Perniagaan. Sangat penting kerana semua dokumen rasmi kita perlukan Cop Perniagaan ini termasuklah nak buka akaun semasa dengan bank.

Kos : Kalau biasa dalam RM 10 dah boleh dapat. Kalau canggih sikit dalam RM 30.

Ikut budget.

Langkah 3

Buka dua akaun semasa. Akaun A bank lain. Akaun B bank lain. Jangan takut, duit dalam akaun semasa ni kita boleh keluarkan terus.

Ada bank masa nak buka kena beri deposit terus, ada bank pula lepas akaun lulus baru masukkan deposit dan boleh terus keluarkan dari akaun kalau ada kad.

Kalau tiada boleh transfer.

Jadi tak payah banyak duit pun boleh buka akaun semasa bisnes ni. Satu akaun sekitar RM 1000 sehingga RM5000 bergantung kepada bank.

Di bawah ini adalah senarai kos membuka akaun semasa atas nama bisnes mengikut bank.

● Public Bank : RM5k (perlu introducer)
● Maybank : RM2k (perlu introducer)
● CIMB : RM1k (perlu introducer)
● RHB : RM1k (tak perlu introducer)
● Bank Islam : RM1k (tak perlu introducer)
● Bank Rakyat : RM1k
● Ambank : RM500 (tak perlu introducer)
● BSN : RM500
● CIMB Islamic RM500 (perlu introducer). Jika tiada premis : RM1k
● Hong Leong : RM500
● Alliance Bank : RM 500 (tak perlu introducer)
● Alliance Islamic : RM 500 (tak perlu introducer)

Langkah 4

Buka 1 akaun perbadi. Kalau dah ada akaun peribadi tak payah buka yang baru pun tak apa. Pakai apa yang ada sahaja. Kalau belum ada wajib buka satu.

Langkah 5

Asingkan akaun semasa A dan juga akaun semasa B. Tadi kan dah buka 2 akaun bank.

Jadi buat begini.

Khaskan akaun A untuk duit masuk sahaja. Maknanya duit pelanggan, duit hutang, duit pampasan, apa sahaja duit masuk hanya melalui akaun A.

Akaun B pula hanya duit keluar. Segala pembayaran guna akaun B sahaja. Gaji, supplier dan segalam macam pembayaran hanya akaun B sahaja.

Perhatian:-

Duit di dalam akaun A (masuk) diharamkan dikeluarkan dan ditransfer selain kepada akaun B. Ini sangat penting sebab kita mudah nak semak adakah kita sedang merompak syarikat kita.

Langkah 6

Setiap hujung bulan, masukkan duit gaji ke dalam akaun simpanan peribadi. Ini sangat, sangat, sangat penting.

Masukkan duit gaji kita dalam akaun simpanan kita. Jangan guna buat belanja senadainya duit itu bukan dari akaun simpanan kita.

Kalau gaji tak cukup, itu adalah masalah kita bukan masalah bisnes.

Disiplin, disiplin, displin!

Langkah 7

Hanya gunakan gaji kita sebagai belanja bulanan kita. Pakai gaji kita sahaja.

Dua kali saya ulang.

Gaji kita sahaja.

Kalau bisnes kita tak cukup bayar gaji tinggi pada kita, besarkan bisnes kita dahulu. Barulah bisnes dapat bayar gaji tinggi pada kita. Bukan besarkan gaji dahulu, baru besarkan bisnes.

Itu nak melingkup namanya.

Langkah 8

Ikut semua langkah 1 hingga langkah 7 dengan penuh disiplin. Ramai orang tahu tapi tak mahu ikut.

Jika anda mahu ikut tips ini, saya sangat bersyukur kerana anda telah berjaya melepasi bala yang paling banyak menghantui orang bisnes.

Adakah anda suka tips – tips ini? Sila share kepada rakan – rakan bisnes anda dengan segera supaya mendapat manfaat bersama.

 

BACA LAGIIni Sebab Mengapa Pengurusan Akaun Lebih Penting Daripada Sales Dan Marketing.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.