fbpx

7 Prinsip Disiplinkan Diri Menabung Wang Simpanan

photo_2016-11-24_15-37-22
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya;

 

#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan

Asingkan 10 % daripada gaji anda untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Lupakan kewujudan duit itu. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

 

#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan

Contohnya simpan di tempat yang tidak easy access macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

 

#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. 

Mulakan simpanan walaupun dengan duit syiling sekalipun. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji.Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

 

#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes.

Keluarkan bahagian wang simpanan daripada dompet anda dan masukkan ke dalam tabung simpanan anda. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

 

#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan

Jika pendapatan anda sebulan adalah RM5k, jakan RM15K sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.

 

#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan.

Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

 

#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang.

Fahamkan ia bukan untuk tabungan, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.

 

Itulah 7 prinsip penting menyimpan wang. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita amalkan, insyaAllah. Wallahu a’lam.

Wealth are acquired by 20% head knowledge and 80% behavior” – Zig Ziglar

 

Tulisan asal oleh : Mohd Zulkifli Shafie

 

Baca Lagi : Ketahui 10 Peringkat Bagaimana Cara Untuk Mencapai ‘Financial Freedom’

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya santai.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Persyarikatan

Ini Adalah Perkara Yang Owner Syarikat Perlu Buat Jika Ingin Ambil Gaji Besar

euromoney.com Kewangan

3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan

Handling-Difficult-Employees Staff

Staff Under Performance. Apa Nak Buat?

Scroll to Top