fbpx

7 Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Berbanding SDN Dan Enterprise

Tukang-Fikir-Syarikat-PLT
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

1. Kos mendaftarkan PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran Sdn. Bhd.
(Daftar PLT online cuma RM500, Sdn Bhd RM2,300++)

2. PLT tidak wajib mempunyai company secretary (CS) mahupun melantik firma akaunting berbanding Sdn.Bhd.
(Setiap bulan kos minimum Company Secretary RM60++, firma perakaunan min RM1,200++ setahun)

3. Tiada keperluan formal untuk Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya.
(Bagi Sdn. Bhd, boleh didenda minimum RM2k – 5k untuk setiap pengarah jika gagal)

4. Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM
(Hanya perlu dikemas kini dan disarankan membuat ‘book keeping‘)

5. Akaun perniagaan tidak perlu diaudit.
(Kos audit min RM800 untuk syarikat yang tidak aktif, untuk yang aktif 10%++ daripada kadar jumlah jualan)

6. Cukai LHDN lebih rendah berbanding enterprise.
(Cukai PLT adalah sama dengan Sdn. Bhd, 20% sahaja berbanding enterprise, 28%. Jika untung RM500K setahun, beza cukai RM40K!)

7. Apa – apa hutang dan obligasi syarikat PLT akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat PLT itu sahaja,
(Segala hutang enterprise adalah hutang tuan pemiliknya. Jadi jika muflis, harta pemilik turut dirampas walaupun tanah pusaka!)

Post ini bukanlah menidakkan kepentingan Sdn. Bhd. mahupun enterprise, tetapi sekadar menjelaskan kepentingan PLT sahaja.

Setiap pendaftaran ada kelebihan dan kelemahan masing – masing. Pilihlah ikut keperluan.

 

Tulisan asal : Muhd Hasrul

 

Baca Sini : Bagaimana Mengemudi Bisnes Gaya Korporat Cara Gen-Y.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Kewangan

8 Langkah Susun Duit Bisnes Supaya Tak Ada Alasan Terpakai Duit Syarikat

tukangfikir.com Kewangan

17 Perkara Yang Usahawan Perlu Tahu Tentang Cukai

Business Planning, Business Proposition., Business Roadmap, Cara Mengenal Pasti Perjalanan Bisnes, Graf Kitaran Bisnes, Graf Produktiviti Bisnes, Ilmu Perjalanan Bisnes, Kenal Pasti Jangka Hayat Bisnes, Turun Naik Bisnes, Uptrend Dan Downtrend Bisnes Motivasi Bisnes

Graf Kitaran Yang Orang Bisnes Perlu Tahu Untuk Memastikan Bisnes Sentiasa Meningkat Naik

Scroll to Top