fbpx

6 Tips Jimat Berbelanja Untuk Peniaga Makanan

tukangfikir.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Semalam diumumkan harga minyak kereta ron95 dan diesel naik dan minyak masak yang lebih 3kg pula berubah harga.

Ini semua akan memberi kesan kepada peniaga makanan dan katerer. Dalam situasi ini anda tak perlu mengeluh dan jangan marah-marah nanti berkeladak ‘kolam jiwa’.

Jom ambik pen dan tulis benda ini.

1. Belilah Secara Pukal

Ini sepatutnya yang perlu anda buat mulai sekarang, banyak RM yang boleh dijimatkan jika anda membeli barang secara pukal dan banyak. Purata 15%-30% dapat jimat jika anda buat cara ini.

2. Beli Terus Dengan Pembekal

Jika kebiasaan anda membeli barangan dengan pihak ketiga, kenapa tidak ubah cara ini dengan membeli terus dari pembekal. Ramai sebenarnya pembekal yang memberi harga rendah dari pasaran jika anda berhubung terus dengan mereka. Juga boleh jimat 10%-20% dari perbelanjaan biasa.

3. Beli Secara Tunai

Belian tunai dengan belian berhutang memang berbeza. Dengan belian hutang anda tiada kuasa untuk tawar-menawar harga barang tersebut. Pembekal akan tetapkan harga untuk anda. So, lepas ini ubah cara pembelian dengan bayaran tunai sahaja.

4. Dapatkan Harga Dari 2 – 3 Pembekal

Lepas ini kena kerja lebih sedikit, ambik harga terbaru dari pembekal dan cari harga dari beberapa orang pembekal lain. Bandingkan harga dan buat belian dari pembekal yang menawarkan harga yang sesuai dengan anda.

5. Beli Jenama Yang Berbeza

Sebagai contoh, anda biasa membeli minyak masak Cap Epal, oleh kerana minyak cap tersebut naik harga, pindahlah ke jenama lain Cap Sawit misalnya atau yang murah dari itu. Dan perhatikan juga berat dalam Kg atau Liter juga mempengaruhi harga.

6. Sediakan List Barangan

Membeli melibatkan emosi, jika anda gagal mengawal emosi kemungkinan belian akan banyak dan naik. Sebelum membeli sediakan listnya dahulu dan periksa betul-betul barangan yang ada supaya tidak membazir.

Boleh bah kan?

Mengeluh tidak menyelesaikan masalah, berubah dan bertindak sekarang untuk langkah lebih jimat dalam perbelanjaan perniagaan anda.

Sila SHARE kepada yang lain agar mereka membacanya.

Tulisan asal :
Andy Syamsuddin
Peneraju Perniagaan Kharisma.

 

BACA LAGI5 Tips Penting Sebelum Anda Mula Berniaga Dengan Menyewa Premis

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

tukangfikir.com Kewangan

5 Sebab Mengapa Pengurusan Akaun Lebih Penting Daripada Sales Dan Marketing

Tukang-Fikir-Kira-kira Kewangan

6 LANGKAH SIMPAN RESIT RESIT SECARA TERATUR

Tips Pasangan Suami Isteri Berbisnes, Bagaimana Bekerja Dengan Suami Atau Isteri, Bagaimana Memilih Partner Dalam Bisnes, Adakah Wajar Memilih Suami Atau Isteri Menjadi Partner Bisnes, Kepentingan Berpartner, Hubungan Suami Isteri Dan Bisnes. Motivasi Bisnes

10 Tips Bagaimana Untuk Berbisnes Bersama Pasangan Hidup

Scroll to Top