fbpx

6 Asas Perlu Ada Jika Anda Menapak Ke Dalam Dunia Realiti Berniaga

6
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ada orang bentang kajiannya. Dari mana datang kajian ini akak tak tahu. Hendak disebut fakta tidak boleh, hendak disebut auta pun mungkin kajiannya benar. Hampir 90% usahawan yang newbie (0-24 bulan), tidak pernah merancang untuk berniaga. Mereka merancang membina karier dibawah istana.

Wow. Handal adik adik newbie.

Masuk universiti hendak jadi doktor, jurutera, pakar kimia dan lain-lain. Akak dahulu pun “ter”jadi “kontraktor”. Tidak pernah merancang. Dulu benci sokmo pada kontraktor ni. Bercakap, berunding, datang jumpa akak, ramai yang tiada etika dan tidak memaparkan profesionalism. Nak merasuah jangan ceritalah. Benci sangat. Tapi yang dibenci itulah yang melekat dihati ya.

Bila sudah masuk bidang berniaga, belajarlah perkara asas.

1# – Jatuh cinta dengan perniagaan kita.

Jika jatuh kategori “terpaksa” macam akak ni. Carilah kemanisan dalam perniagaan itu hingga menyentuh kalbu untuk kita jatuh cinta padanya. Kerana bila sudah jatuh cinta, kita akan berusaha bersungguh-sungguh, tiada rasa penat dan sentiasa bersemangat.

 

2# – Masa.

Berniaga ini adakalanya boleh melalaikan kita. Hidup bukan untuk dunia sahaja dik. 24jam perlu diuruskan untuk menjaga hubungan dengan Dia, bekerja, jaga kesihatan, stamina diri, berehat dan tidur. Pengurusan masa memerlukan displin yang tinggi. Ia tidak bermula diluar, tetapi bermula dari diri kita sendiri. Masa tidak menunggu kita. Uruskan dengan cara yang baik.

 

3# – Belajar.

Terutama ilmu pengurusan. 20% kejayaan perniagaan bila kita tahu mengurus dengan betul. Banyak perkara yang perlu diuruskan dalam berniaga. Terutama menguruskan pelanggan. Sebelum dan selepas menjual. Menguruskan pelanggan pun hanya 20% sahaja. Duit, stok, operasi harian, hati pun kena uruskan juga. Belajar. Supaya bila jatuh tersepak batu, tahu bagaimana nak uruskan lutut yang berdarah itu.

Ya akak tau, adik banyak pengalaman. Pengalaman sahaja tidak cukup kalau tertinggal jauh kebelakang. Setiap hari ilmu baru lahir.

 

4# –  Duit.

Pastikan berapa banyak kita perlu. Bukan berapa banyak kita mahu. Beza dik. Jauh bezanya. Duit yang kita perlu tu kena cari dulu. Itulah yang akan tampung proses perjalanan bisnes kita.

 

5# – Berapa sihat bisnes kita itu?

Bayi jika lahir banyak penyakit, akan mengalami banyak masalah dalam tumbesaranya. Begitu juga perniagaan kita. Ambil tahu tahap pencapaiannya. Bila perlu suntikan. Bila perlu diberi makan. Makan selalupun perut akan kembung. Tidak diberi makan pun tiada tenaga.

 

6# – Peluang.

Skil ini perlu ada dan dipertajamkan. Cari mentor atau orang lama untuk belajar skil ini. Tidak semua yang datang itu peluang, adakalanya virus yang merosak diri. Dunia berniaga ini sangat kompleks. Kelihatan mudah bila kita lihat dari luar. Tapi penuh kusut bila kita masuk kedalamnya. Aik, mana cerita modal, pasaran, persaingan, marketing content, dan lain lain dalam cerita diatas? Cerita itu ramai dah kupas. Akak hanya suka bercerita perkara realiti.

Berkongsi tanpa syarat. Berkongsi dari hati. Moga melekat dihati apa yang akak cerita hari ini.

 

Tulisan asal : Mahanom Mohammad

 

Baca Lagi : Ini Adalah Nasihat Bagaimana Menguruskan Kewangan Dalam Perniagaan Dengan Cara Yang Paling Basic

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya santai.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

kira kira bisnes yang betul Kewangan

Bagaimana Seorang Pemilik Bisnes Buat Dapat Pendapatan RM10K Sebulan Dengan Kira-Kira Bisnes Yang Betul

tukangfikir.com Staff

Cara Bagi Menangani Pekerja Bermasalah

tukangfikir.com/2017 Motivasi Bisnes

9 Perkara Negatif Yang Perlu Dielakkan Untuk Melonjakkan Bisnes Anda

Scroll to Top