HOME > Single Post

5 Sebab Kita Perlu Lebih Agresif Pada Tahun 2017

top donate

wanted to became top donate ? TF

Hari pertama tahun 2017 bermula hari ini. Kebetulan hari minggu cuti ini menambah keseronokan menyambutnya. Sambil melayan diri, jom baca tulisan ini.

Saya pernah beritahu kawan, jika dapat melewati 2016 dengan cemerlang bereti anda telah melepasi cabaran yang hebat dalam kehidupan dan ekonomi.

Untuk 2017 ini, jom kita lihat kenapa kita perlu lebih agresif lagi.

1. Berkurangnya Umur

Bertukar tahun bersamaan dengan kurangnya umur untuk kita jalani, kita tak tahu bila akan dijemput pulang. Jika masih bersantai dengan hidup ini takut-takut nanti semasa keberangkatan pulang tidak banyak bekalan yang disandang.

2. Kos Kehidupan Yang Semakin Tinggi

Hampir semua kos kehidupan naik melebihi dari pendapatan, ini dialami diseluruh dunia. Ini bukan kuasa kita untuk menahan dan menidakkanya. Mahu tidak mahu kita harus terima hakikat dan mulakan peubahan agresif pada hidup ini.

3. Kehidupan Berkeluarga Semakin Berkembang

Kalau tahun lepas keluarga anda kecil, hari ini sudah bertambah amggota baru baik anak atau terima menantu. Ini menambah belanja hidup walau dikatakan setiap yang hidup anda bahagian rezekinya tetapi jika tidak diusahakan anda kekal begitu.

4. Ekonomi Dunia Yang Tak Berapa Stabil

Setiapa hari kita mendengar berita yang kekecohan berlaku dipelbagai negara, sedikit sebanyak akan mempengaruhi putaran ekonomi termasuklah Malaysia dan akhirnya ekonomi daerah kita.

5. Zaman Yang Berharap Semua Free Hampir Berakhir

Setiap yang kita dapati percuma dahulu sekarang semakin sedikit yang dapt dinikmati. Bersedialah untuk menerima hakikatnya. Sebagai contoh insuran kesihatan semakin perlu dizaman ini untuk cover kesihatan diri.

Ayo.. Jadikan 2017 ini sebagai tahun yang cemerlang buat kita semua dengan punyai sifat agresif untuk laluinya.

Jika ada munafaat untuk yang lain, silakan share ya.

Selamat Tahun Baru 2017.

 

Tulisan asal : Andy Syamsuddin

Baca Sini : Kisah Jatuh Bangun Empayar Nouvelle Visage Yang Boleh Dijadikan Contoh Dalam Perniagaan

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.