HOME > Single Post

7 Kelebihan Syarikat PLT Berbanding Sdn Bhd

top donate

wanted to became top donate ? TF

1. Kos mendaftarkan PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran Sdn.Bhd. Daftar PLT online cuma RM500, Sdn Bhd RM2,300++.

2. PLT tidak wajib mempunyai company secretary (CS) mahupun melantik firma akaunting berbanding Sdn.Bhd. Setiap bulan kos min CS RM60++, firma perakaunan min RM1,200++ setahun.

3. Tiada keperluan formal untuk Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya. Bagi Sdn Bhd, boleh didenda min RM2k – RM5k untuk setiap pengarah jika gagal.

4. Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM. Hanya perlu dikemas kini dan disarankan membuat ‘book keeping’.

5. Akaun perniagaan tidak perlu diaudit. Kos audit min RM800 untuk syarikat yang tidak aktif, untuk yang aktif 10%++ daripada kadar jumlah jualan.

6. Cukai LHDN lebih rendah berbanding enterprise. Cukai PLT adalah sama dengan Sdn Bhd, 20% sahaja berbanding enterprise, 28%. Jika untung RM500K setahun, beza cukai RM40K!

7. Apa – apa hutang dan obligasi syarikat PLT akan DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh syarikat PLT itu sahaja. Segala hutang enterprise adalah hutang tuan pemiliknya. Jadi jika muflis, harta pemilik turut dirampas walaupun tanah pusaka!

Post ini bukanlah menidakkan kepentingan Sdn Bhd mahupun Enterprise tetapi sekadar menjelaskan kepentingan PLT sahaja.

Setiap pendaftaran ada kelebihan dan kelemahan masing – masing. Pilihlah ikut keperluan.

 

Tulisan asal : Muhd Hasrul

 

Baca Sini : 7 Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Berbanding Sendirian Berhad Dan Enterprise.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.