HOME > Single Post

6 Faktor Bagi Memastikan Staff Sentiasa Bersemangat Untuk Bekerja

top donate

wanted to became top donate ? TF

Artikel kali ini menggariskan 6 faktor yang amat diperlukan oleh pekerja dalam organisasi.

Selain daripada kenaikan pangkat dan gaji, ada hal yang amat diperlukan oleh seorang pekerja khususnya yang berkaitan dengan keselesaan dan keselamatan, dalam erti kata lain ialah kebajikan seorang pekerja.

Soal kenaikan gaji mungkin menjadi faktor yang memotivasikan pekerja dalam melaksanakan tugas dengan baik. Namun, komitmen, cara bekerja dan motivasi diri bukan bersandarkan kepada amaun gaji semata-mata.

Untuk melaksanakan tugas dan memahami apa yang diperlukan oleh sesebuah organisasi, setiap pekerja memerlukan 6 faktor ini, dan para pekerja mengharapkan anda sebagai majikan untuk melaksanakannya.

Banyak lagi faktor yang diperlukan oleh pekerja ketika berada dalam organisasi, namun, disini hanya digariskan sebanyak 6 faktor utama sahaja yang diperlukan oleh pekerja.

1. Misi

Setiap tugas memerlukan jangkaan asas yang bergantung kepada cara sesuatu situasi tertentu di tangani.

Sesuatu tugas menjadi lebih tertekan apabila pekerja tidak peka terhadap jangkaan majikan dari masa ke semasa. Apabila sesuatu perubahan di perlukan, pastikan ada perbincangan yang dibuat, mengenai apa yang perlu di ubah dan cara mengubahnya.

Apabila pekerja gagal berbuat demikian, penting untuk mereka menerangkan mengapa mereka membuat keputusan tersebut.

2. Isi

Setiap pekerja berhak memberi sebarang cadangan dan idea kepada pihak atasan. Dengan menafikan hak mereka untuk bersuara dan mematikan idea-idea mereka tanpa pertimbangan, keadaan ini dilihat seolah-olah anda menggaji robot untuk berkhidmat untuk anda.

Robot ini tidak peduli soal hak dan kepentingan bersuara, oleh itu, hentikan perkara ini dari terus berlaku. Berikan hak dan laluan mudah kepada pekerja untuk bersuara dan berkongsi idea. Apabila satu idea yang di utarakan tidak mendapat merit, ambil sedikit masa untuk menerangkan mengapa ia tidak diterima.

Anda tidak perlu terima dan laksanakan kesemua cadangan, tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah membuat pekerja anda rasa di hargai dengan idea mereka.

3. Kebebasan

Bergantung kepada tahap tugasan yang diberikan, para pekerja mempunyai pelbagai kaedah bagaimana untuk mereka melaksanakan tugas tersebut.

Setiap tugasan yang diberi menjanjikan hasil yang berlainan mengikut tahap komitmen yang di berikan oleh pekerja. Sebaiknya, berikan mereka kebebasan dan ruang untuk mereka curahkan idea dalam melaksanakan setiap tugasan, mengikut cara yang mereka rasakan terbaik disamping turut menjanjikan hasil yang cemerlang kepada organisasi.

4. Hubungan

Hentikan tanggapan anda bahawa pekerja hanya bekerja untuk mendapatkan gaji semata-mata. Mereka sebenarnya mahu bekerja bersama dan mahu berkhidmat untuk masyarakat.

Berikanlah ucapan yang baik kepada para pekerja anda. Perbualan mengenai keluarga mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan jurang, antara majikan dengan pekerja.

Hal seperti ini mungkin nampak biasa, tetapi perbualan secara santai ini penting daripada mesyuarat formal, yang hanya membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan syarikat semata-mata.

5. Sasaran

Meletakkan sasaran atau objektif kepada setiap tugasan yang di lakukan, ia akan mewujudkan kesedaran kepada pekerja betapa pentingnya tujuan sesuatu tugasan itu.

Majikan perlu tanamkan makna sebenar mengapa pekerja perlu lakukan sesuatu tugasan itu, walaupun berulang kali.

Pastikan mereka sedia maklum akan sasaran organisasi anda kerana tanpa objektif, kerja yang di lakukan tidak memberi sebarang makna, malahan menyumbang kepada kualiti kerja yang rendah.

6. Masa Depan

Setiap kerja yang dilakukan harus ada peningkatan dari sudut membangunkan syarikat dan berpotensi ke arah sesuatu yang baru, tidak kiralah di dalam atau luar organisasi.

Walaupun anda bekerja bukan dalam bidang yang anda mahukan, tidak salah jika belajar sesuatu yang baru. Sebagai majikan, anda patut lebih peka dengan hal-hal pekerja anda jika anda mahu mereka lebih komited dan bersemangat untuk bekerja.

 

Tulisan asal : Bina Insan

 

Baca Lagi : 5 Tips Untuk Mengambil Staff Pertama.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.