Assalamualaikum,
Kali ni nak share pasal Pentingnya Data Customer tapi ayat agak tunggang langgang. Jadi pandai – pandailah nak hadam ye. Maklumlah sambil menaip sambil jaga anak sambil tengah kaji hal dunia. Hehe
Walaupun saya menulis dan tahu mengenai Demographic Data tapi percayalah saya dan juga ramai orang selalu terlupa dan ignore pasal benda paling penting ni. Disamping saya menaip, saya dapat asah dan ingat balik info – info penting dan semoga korang sedikit sebanyak dapat faham dan gunakan untuk bisnes korang pulak.
Ok kita start! Tahu tak korang betapa pentingnya kita sebagai orang bisnes mempunyai data customer? Kita perlu tahu siapa customer kita tu. Data customer perlu disimpan dalam file atau soft copy dan dijadikan harta berharga untuk bisnes kita.
Data terbahagi kepada Demographic Data & juga Psychographic Data. Tapi kali ni kita fokus demographic data ok?
Apa Itu Demographic Data?
Demographic data ialah characteristic customer yang statik antaranya umur, lokasi, jantina, marital status, education level dan lain – lain yang akan digunakan untuk menentukan arah tuju marketing dan bisnes kita.
Selepas dapat kumpul demographic data customer, sebolehnya kita buat Customer Profile. Dapatkan sedalam – dalamnya info pasal customer tu. Faktor dan data tersebut boleh kita guna untuk menentukan marketing campaign yang akan kita lakukan disebabkan adanya high colleration antara certain lifestyle dan buying pattern customer tersebut.
Bagaimana Nak Dapatkan Demographic Data Customer Kita?
1) Order / info customer bila kita nak pos barang – customer akan bagi nama, alamat, no telefon, email. (simpan dalam excel)
2) E-commerce website – Bila customer register, kita akan dapat lebih detail mereka secara automatik. Download data mereka.
3) Questionnaires – Boleh minta customer isi samada menerusi online atau di butik / booth
Kegunaan Data Customer ni ialah :
1) Target Specific Market
Kita dapat analisis range customer kita. Contoh bila kita buat graf pasal existing customer, nanti kita boleh buat kesimpulan. Customer kita banyak tinggal di mana, umur berapa, dah kahwin ke belum, kerjaya dan berapa income mereka, dari sini kita dapat menentukan produk dan corak marketing yang akan kita keluarkan sebab bila nak buat promotion & marketing, bila kita nak target dekat orang yang sama demographic atau existing customer, kita dah tahu nak buat marketing macam mana dan marketing kita akan lebih terperinci dan fokus.
Bila marketing kita lebih fokus, taklah kita buat iklan sia – sia. Dah lah kita ni bisnes kecik je kan, kalau boleh nak lah iklan yang lebih kos efektif, menguntungkan dan tidak pula merugikan.
Contoh iklan wide tak ada spesific target ialah Iklan TV, radio atau newspaper. Di mana, iklan tu lebih kepada nak cari customer baru tapi still iklan tu terlampau luas skop dia. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Kalau company besar ok jelah banyak modal tapi kalau kita yang kecik ni, harapnya buatlah iklan FB dulu tapi make sure specific target ok.
2) Retargeting Marketing
Pentingnya data customer kita tu sebab kita nak dia sampai bila – bila jadi customer kita. Bawa cerita baik – baik pasal bisnes kita dan ajak kawan dan family dia jadi customer kita jugak.
Dibuatlah, korang syok – syok buat bisnes, lepas tu tak ada masa nak entertain satu – satu customer kan. Lama – lama customer tu blah pergi ke brand lain. Jangan sedih! Korang masih tak terlambat!
Bila korang ada Data Customer tu, korang masih boleh bina balik relationship yang telah sendu tu dengan cara personally email customer, bagi discount ke free gift for your purchase ke, free shipping ke. Dia tak layan? Jangan putus asa. Buat lagi dan lagi.
Eh kan ada no telefon dorang? Personally whatsapp atau sms jemput datang redeem hadiah dekat kedai kalau purchase RM50 ke atas. Rugi? Lagi rugi kalau tak ada customer. Jadi korang nak yang mana satu?
3) Get Closer To Your Customer
Kita dapat tentukan produk apa yang kita bakal jual selepas kita dapat analisis dan summarize data customer kita. Contoh macam saya buat bisnes pakaian dan tudung.
Setelah dapat kumpul semua data, apa yang saya nampak kebanyakan customer radiusite ialah perempuan, young executive dan ke atas, middle income, wanita yang pregnant dan menyusukan baby, lokasi pula kebanyakan tinggal di Selangor dan KL.
Bila saya tengok customer ramai terdiri daripada wanita yang pregnant dan menyusukan anak, saya akan buat baju nursing friendly.
Kalau buat shawl kena buat instant sebab wanita bekerjaya nak pakai shawl cepat siap dan untuk akhir tahun 2016 ni berkemungkinan customer saya takkan spend banyak untuk shopping sebab ekonomi tak ok dan maybe hujung tahun dorang nak holiday dan maybe anak – anak diorang nak masuk sekolah. Jadi, saya juga akan kurangkan pengeluaran untuk tahun ni supaya saya takkan ada lambakan stok.
Tulisan asal : Ika Radiusite
Baca Sini : Graf Kitaran Yang Orang Bisnes Perlu Tahu Untuk Memastikan Bisnes Sentiasa Meningkat Naik.
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.