HOME > Single Post

7 Ayat Yang Tak Akan Pernah Keluar Daripada Mulut Usahawan Yang Berjaya

top donate

wanted to became top donate ? TF

Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam sekelip mata. Ia memerlukan banyak usaha, kerja keras, masa dan dedikasi semata – mata.

Setiap pemimpin dan usahawan yang berjaya mempunyai perjalanan hidup yang unik dan tersendiri kerana mereka berusaha untuk apa yang mereka percaya untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa sesiapa sahaja boleh memecahkan rantaian yang membelenggu hidup mereka selama ini.

Walaupun masing – masing diantara mereka mempunyai jalan yang berbeza namun destinasi mereka sama iaitu kejayaan.

Terdapat beberapa faktor yang membuatkan golongan ini mempunyai banyak persamaan salah satunya ialah bagaimana mereka berkembang dan matang di sepanjang perjalanan.

Steve Siebold, pengarang “How Rich People Think” telah menemuramah lebih daripada seribu jutawan lebih tiga dekad untuk belajar apa yang membawa mereka kepada kejayaan dan kekayaan mereka.

Jawapannya sangat mudah. Steve mempelajari bahawa tak kira walau di mana meraka semua dilahirkan atau apa sahaja yang mereka lakukan semuanya adalah disebabkan kekuatan mentaliti mereka dan dorongan untuk mencapai matlamat tak kira walau apa pun rintangan yang akan datang. Mentaliti inilah yang membawa kejayaan dan juga kekayaan kepada golongan ini.

Berikut adalah 7 ayat yang anda tidak akan dengar daripada mereka yang bergelar usahawan yang berjaya.

1. “Saya Benci Kerja”

Satu perkara yang boleh dikagumi tentang golongan usahawan berjaya ini ialah mereka mempunyai pendirian tersendiri terhadap kerja dan juga tempat kerja mereka tak kira walaupun dalam apa jua keadaan. Walaupun di dalam keadaan yang tidak selesa atau dikelilingi dengan suasana yang negatif, mereka tetap akan mengelak untuk tidak menyatakan statement di atas.

Persekitaran yang negatif ini hanya akan melambatkan proses kejayaan mereka. Selain daripada membuang masa, merungut tentang sesuatu keadaan, golongan ini lebih cenderung untuk menyelesaikan sesuatu isu secara natural, berstrategi dan menggunakan fakta yang betul.

2. “Ini Tidak Adil”

Adakah anda melihat pesaing anda mendapat anugerah, pujian atau pengiktirafan dan anda sendiri tidak mendapat apa – apa walaupun tahap produktiviti kerja anda lebih tinggi daripada mereka?

Satu kesilapan yang orang yang berjaya tidak pernah lakukan ialah dengan meroyan dan meracau berkenaan ketidakadilan dalam hidup. Rasa tidak adil ini perlu dibiasakan. Kejayaan bukanlah satu anugerah tetapi kejayaan hanya akan datang kepada mereka yang benar – benar berusaha ke arah itu.

Daripada kita terus merengek dan mengadu nasib, lebih baik fokus kepada perkara yang boleh dilakukan untuk menambah nilai diri dan juga masyarakat yang lain. Jika anda fikir anda memang layak untuk mendapatkan kejayaan, perkara yang terbaik untuk anda lakukan ialah dengan berusaha bersungguh – sungguh ke arah itu tanpa memberikan sebarang alasan.

3. “Ia Tidak Sepatutnya Dilakukan Begini”

Inovasi adalah ciri – ciri utama yang ada kepada mereka yang berjaya walau dalam apa bidang sekali pon. Anda perlu belajar untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak perlu takut dengan perubahan dan cabaran. Tiada sesiapa pon di dalam dunia ini yang pernah berjaya mencapai sesuatu yang besar tanpa mencuba satu benda yang baru.

Seperti Steve Jobs misalnya, Jobs sangat ghairah tentang inovasi dan semangat itu membawa kepada ciptaan yang menakjubkan seperti iPhone dan iPad di mana ia adalah peranti yang telah mengubah dunia. Jobs pernah berkata, “Dengan inovasi kita dapat membezakan antara seorang pemimpin dan pengikut.”

4. “Ini Bukan Kerja Saya”

Terdapat satu peraturan yang ada di dalam golongan usahawan yang berjaya ini. “Jika anda benar – benar berjaya, anda juga akan membantu orang lain untuk berjaya seperti anda juga”.

Contoh ini boleh diambil daripada Warren Buffet. Beliau berkata “Seseorang yang dapat duduk berteduh hari ini adalah kerana ada seseorang yang telah menanam pokok pada suatu masa dulu”.

Dengan menjadi team player, ia akan mendekatkan anda kepada kejayaan dalam sesebuah pasukan. Anda mungkin kaya, anda mungkin berjaya tetapi dedikasi dan juga kerja keras daripada pasukan anda adalah penyebab sebenar di sebalik reputasi baik dan juga kejayaan anda.

5. “Ini Adalah Mustahil Untuk Dilakukan”

Usahawan yang berjaya tahu bahawa had dan sempadan adalah sesuatu yang dicipta oleh minda dan kita sendirilah yang selalu melakukan sekatan terhadap pemikiran kita. Ia hanyalah satu monolog yang sia – sia yang hanya akan menjauhkan kita daripada mencapai kejayaan.

Golongan yang berjaya ini tidak akan mengadu tentang halangan dan juga rintangan yang dihadapi sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi menggunakan kreativiti mereka sendiri.

Kata – kata negatif seperti ‘tidak boleh’, ‘tidak akan’ dan ‘mustahil’ memang tidak akan pernah muncul daripada mulut golongan ini kerana mereka tahu dengan merungut tidak akan memberi apa – apa faedah melainkan dengan mencari jalan untuk menangani masalah tersebut.

6. “Kalaulah Saya Dapat…”

Penyesalan adalah antara salah satu sikap yang sangat teruk. Mereka yang berjaya tidak akan ada masa untuk membiarkan diri mereka tenggelam di dalam situasi tersebut.

Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka adalah orang yang cepat menghidu dan mengambil peluang atau mereka akan mencuba untuk mencari peluang yang lain kerana mereka tidak pernah punya masa untuk menyesali benda yang sudah terlepas.

7. “Saya Tiada Pilihan”

Akan ada setiap peluang untuk mereka yang sentiasa mencari peluang baru di dalam hidup. Golongan yang berjaya ini adalah mereka yang tahu untuk mencipta peluang sendiri tak kira masa atau ketika.

Untuk mengatakan kita tidak mempunyai pilihan dalam sesuatu perkara itu menunjukkan bahawa kita melihat diri kita sebagai mangsa yang mana kita menganggap diri kita adalah lebih lemah daripada semua benda di persekitaran kita.

 

Tulisan asal : GOBankingRates

 

Baca Sini : 5 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Oleh Usahawan Amatur Tanpa Sedar.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.