Ini sahabat saya, Adam Zainufi seorang penjawat awam yang baru menimang seorang cahaya mata. Beliau berkongsi cara menambah pendapatan sampingan.
Di awal pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, beliau kasihan melihat penduduk apartment yang terpaksa membawa sampah turun. Ada ketikanya mereka terpaksa berulang alik membawa beg dan ambil anak, naik dan turun.
Melihat dari masalah itu beliau mendapat idea untuk membuat servis buang sampah. Setiap 3 kali semingu dengan bayaran Rm30 sebulan. Tong sampah beliau sediakan. Waktu kerja beliau pada pukul 10 – 11 malam sahaja untuk 30 unit apartment.
Buat masa ini, beliau membuat servis di kawasan tempat beliau tinggal sahaja. Cara pengiklanan beliau sangat mudah. Kertas A4 yang dipotong empat dan diselitkan di setiap pintu apartmen. Target beliau di tingkat 3 & 4.
Kawasan apartment yang beliau tinggal tiada lif. Apabila beliau mahu kutip sampah, beliau akan blast melalui whatssapp kepada semua pemilik apartment yang telah mendaftar.
Walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tidak banyak, tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan perbelanjaan bulanan beliau.
Sebelum meninggalkan meja makan saya sempat berpesan.
“Jangan lama – lama menjadi kita lah kuli, kita lah bos”
“Ianya hanya proses awal menikmati pengalaman”
“Nanti saya akan kongsi lagi supaya Adam berada di tahap “on the business not in the business”
Tulisan asal : Firdaus Yasin
Baca Sini : Jual Air Tepi Jalan Pon Boleh Kaya Jika Dilakukan Dengan Cara Yang Betul.
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.