HOME > Single Post

Cara Halal Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan!

top donate

wanted to became top donate ? TF

Tak Perlu Langgar Undang-undang Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan!

Ramai yang beranggapan hanya dengan memanipulasi dan menyembunyikan fakta sahajalah cara untuk mengurangkan beban cukai pendapatan yang ditanggung. Hakikatnya tidak begitu.

4 perkara penting yang dapat kita pelajari dari konsep Taksiran Berasingan dan Taksiran Bersama adalah:

1. Bayaran akhir cukai sebenar amat berbeza bila Taksiran Berasingan dipilih, bahkan terdapat lebihan cukai yang boleh diterima kembali untuk dilabur semula mahupun disimpan. Anda kira sendiri berapa banyak anda untung jika memilih taksiran bersama.

2. Ali dan isteri boleh memilih untuk membahagikan pelepasan anak-anak sesama mereka untuk memastikan pelepasan dipilih memberi kesan terbesar kepada pengurangan cukai.

Jika 4 orang anak, Ali boleh tuntut 2 orang dan selebihnya pada isteri. Namun bagi kes ini, kesan pengurangan cukai lebih tinggi jika keempat-empatnya dituntut oleh Ali.

3. Pelepasan lain juga seperti Takaful dapat dimaksimumkan, Taksiran Berasingan membolehkan mereka menuntut sekali ganda mungkin dari pelepasan jika Taksiran bersama dibuat.

Contohnya pelepasan KWSP dan Takaful Hayat terhad kepada RM 6,000. Namun jika Taksiran Berasingan, maka pelepasan untuk setiap dari mereka adalah RM 6,000, justeru jumlahnya adalah RM 12,000!

4. Ada dikalangan kita berniaga seorang diri dan isteri atau anak sekadar membantu. Maka cukai juga atas diri sendiri biarpun hakikatnya isteri mungkin sedikit sebanyak membantu.

Kenapa tidak anda lantik dan daftarkan pasangan anda sebagai rakan kongsi dalam enterprise anda. Jika anda untung 100,000 setahun dan anda menanggung cukai bersendirian sudah tentu ianya lebih tinggi.

Bayangkan jika isteri anda yang membantu bisnes anda kini jadi rakan kongsi. Logiknya cukai akan akan terbahagi 2 dan kadar cukainya pula akan jauh lebih rendah!

Jadi berapa banyak kadar yang anda dapat kurangkan?

Baca Juga: Tips Buat Duit Dengan ASB Financing!

Tulisan asal: Tuan Khairul Amal Hashim

Sekiranya ada sebarang soalan mengenai percukaian, boleh tanya beliau dengan klik pada nama beliau.

Menarik: Shell Bijak! Siapa Kata Company Besar Tak Kedekut Duit!

 Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.