Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Tips Mudah Buat Duit Dengan ASB Financing!

top donate

wanted to became top donate ? TF

ASB Financing Modal Kecil
Tips ini sesuai bagi mereka yang ingin membuat pembiayaan ASB tetapi bergaji kecil atau bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

Mohon ASB financing 50k dengan kadar faedah bank 5.2% dan tempoh pembiayaan 30 tahun. Pastikan tiada lock in period. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM275.

Akhir tahun pertama terima dividen daripada ASB. Andaian dividen adalah 7.25% maka jumlah dividen yang diterima adalah RM3625.

Gunakan hasil dividen untuk bayar ASB financing untuk tahun kedua dengan jumlah sebanyak RM275 x 12 = RM3300. Siap ada lebihan sebanyak RM325. Boleh biar je dalam ASB atau enjoy katak.

Mohon ASB Financing baru 50k untuk tahun kedua. Bayaran adalah sama iaitu RM275 sebulan dan dibayar seperti biasa.

Sekarang anda mempunyai ASB Financing yang bernilai 100k (50k+50k) tetapi masih mengekalkan bayaran bulanan RM275.

Ulang kaedah ini sehingga tahun keempat. Pada akhir tahun keempat anda mempunyai ASB Financing maksimum 200k dengan bayaran bulanan hanya RM275 sebulan.

Akhir tahun keempat, potong semua ASB Financing anda dan hasilnya adalah:

-> Hasil dividen tahun terakhir: RM14500
-> Hasil baki dividen setiap tahun: RM1950
-> Surrender value: RM7506
-> Jumlah : RM23956

-> Modal: RM13200
-> Untung bersih: RM10756

Baca: 5 Benda Ramai Orang Tak Tahu Tentang Cukai Pendapatan

Tulisan: Tuan Hadi Mesran, ASB Financing Consultant.

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.