Newbie atau tak newbie. Semua wajib ada SOP. Jika yang dah bisnes bertahun lama masih ditakuk yang sama, tanya diri. Dah ada SOP ke belum? Hehe… Ini benda betul.
Jangan sangka kita meniaga burger tepi jalan tak perlu SOP. Meniaga air balang tepi jalan pun perlu ada SOP tau. Saya nak tekankan lagi, setiap perniagaan, bukan sahaja pemilik produk atau servis sendiri. Malahan semua. Orang tanya pada saya lagi, “Tuan, kalau bukan owner bisnes, Tak perlulah SOP kan?”
Ini jawapan saya.
Kalau dah namanya berniaga, tak kiralah dropship, agent, atau stokis. Semua kena ada SOP. Kecuali……. Bisnes tu hanya hobi. Suka-suka. Ada untung oraitlah, makan lebih bulan ni… Kalau takde untung pun takpe, kita makan macam biasa… Jika anda golongan ini. Anda tak perlu SOP. 🙂
Terasa? Silakan terasa. Tanya diri sendiri semula kita berniaga ni untuk apa Baiklah mari kita sambung. Apa dia 4 SOP wajib ini?
Baca sini : Ini Panduan SOP Untuk Newbie Dalam Bisnes
4 SOP Wajib Dalam Bisnes
4 SOP ini adalah yang pertama sekali perlu ada jika anda dah mula berniaga dan serius berniaga. Mereka adalah ibu kepada SOP-SOP yang ada. Dalamnya oleh jadi ada 2 SOP, 3 SOP atau 20 SOP. Mulakan dengan merangka carta alir, kemudiaan pecahkan kepada proses kerja setiap satu secara terperinci.
Baca seterusnya : Aktiviti Bina SOP Wajib Untuk Peniaga Newbie
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.