HOME > Single Post

Tip Sewa Kedai Untuk Bisnes Retail

top donate

wanted to became top donate ? TF

Baru-baru ini, team kami bercadang untuk berpindah office dari Taman Sri Andalas, Klang ke Bukit Tinggi.

Beberapa listing yang kami dah view, dan beberapa faktor di ambil kira. Dari segi faktor harga, keselesaan, parking, tempat makan & kemudahan-kemudahan lain. Akhirnya jumpa juga yang berkenan.

Kebetulan juga ternampak satu posting yang agak menarik di Facebook tentang tip pemilihan lot yang sesuai di sewa untuk mereka yang menjalankan bisnes retail.

Pemilihan lokasi lot kedai untuk di sewa samada di GROUND FLOOR atau di UPPER FLOOR adalah sangat penting.

Jadi, sewa di ground floor atau upper floor lebih baik? bergantung dengan jenis perniagaan kita.

Untuk bisnes RETAIL seharusnya kita memilih untuk sewa kedai di lot ground floor atas sebab yang cukup jelas.

Tambahan pula, jika target market kita adalah golongan yang sukar untuk menggunakan tangga atau lif (masa menunggu) seperti golongan wanita mengandung, berkeluarga atau warga emas.

Bisnes RETAIL juga bergantung kepada keputusan spontan pelanggan (impulse buying) untuk membuat pembelian.

Pastikan barangan yang dipamerkan di bahagian hadapan kedai cukup menarik dan tersusun menggamit nafsu membeli mereka. Hal ini sedikit sukar jika bisnes kita di UPPER FLOOR.

Meskipun faktor RENTAL RATE amat penting kerana akan mempengaruhi kos overhead kita, tetapi rental yang murah di UPPER FLOOR tidak menjamin jumlah JUALAN yang disasarkan.

Ia lebih kepada langkah ‘tidak mengambil risiko’ akan komitmen bulanan berbisnes.

Fikirkan tentang keselesaan dan kemudahan pelanggan kita sebelum membuat keputusan menyewa lot berbisnes.

Baca: Cara Kurangkan Cukai Sebelum Mula Berniaga

Tulisan asal: Tuan Sahar Sahad

 Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.