Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Fasa – Fasa Bisnes Ini Pasti Menakutkan Bagi Anda Yang Newbie Untuk Terus Berbisnes

top donate

wanted to became top donate ? TF

Bagi anda yang berbisnes, cuba anda selami fasa – fasa di bawah.

FASA 1 : 1 – 3 Bulan

Bisnes baru dibuka. Modal pun tak seberapa. Masih belum yakin bisnes yang dibuka itu mampu bertahan atau tidak. Kalau bungkus pun tak beri impak besar sebab modal pun tak besar. Tak risau mana. Serius ke tidak pun tak tahu.

Bagi yang hangat – hangat tahi ayam, dalam tempoh ini mereka dah quit. Tapi bagi yang bisnes nampak ada potensi dan masih bersemangat, mereka akan terus ke fasa seterusnya.

FASA 2 : 3 – 6 Bulan

Bisnes nampak ada potensi. Mula melabur lebih banyak. Semangat dah mula naik. Buat perancangan pembesaran bisnes tapi biasalah, selalunya sangkut di modal.

Siang malam fikir macam mana nak cari tambahan modal duit. Masih bertahan di peringkat ini, terus ke fasa seterusnya.

FASA 3 : 6 – 12 Bulan

Mula cari pelabur atau buat pinjaman sebab nak besarkan perniagaan. Mula buat kertas kerja. Mula jumpa bank untuk pinjaman dan agensi untuk bantuan dan geran.

Seperti biasa, dokumen tak cukup, syarat ntah ke mana. Bank dan agensi belum cukup yakin. Tapi masa ni dah mula tahu dan sedar apakah keperluan untuk pinjaman. Satu ilmu baru dan pengalaman baru.

Ada satu kaedah lagi, masa ni la duduk sibuk pujuk kawan, keluarga atau siapa-siapa supaya jadi pelabur. Tapi macam biasa la kan, kita yakin dengan apa yang kita sedang buat, tapi orang lain tak yakin.

FASA 4 : 1 Tahun – 3 Tahun

Ada yang bernasib baik selepas beberapa kali mohon pinjaman, lulus. Masa ni keupayaan nak ‘manage cash flow‘ tak tinggi.

Pengalaman tak ada. Tunai terbelanja ke tempat yang tak sepatutnya. Sampailah satu masa, duit pinjaman sudah habis. Mula tak cukup duit nak buat modal pusingan. Nak muntah, pening, tak lalu makan, macam – macam berlaku pada fasa ni. 10 min sekali bank call. Ini Fasa Puaka.

Tak nak cakap pasal untung, nak fikir macam mana nak survive dulu. Nak stop? Dah berhabis banyak. Nak teruskan? Hmmm, macam tak sanggup, takut nanti lagi besar lubang.

Macam – macam ikhtiar buat. Pinjam sana pinjam sini sebab nak survive. Fasa ni dalam dilemma. Yang teruskan ada peluang berjaya, ada peluang tambah merana. Yang berhenti, sambung bekerja, rugi pun ada.

Pada waktu ini CASH IS KING. Waktu ini paling penting nak kekalkan momentum bisnes. Mantapkan cash flow. Waktu ni belum sesuai untuk tambah kekayaan kononnya nak tambah aset. Nak melabur hartanah la.

Pada saya melabur kepada aset yang tak boleh ditebus kepada cash dalam masa kurang dari 3 hari adalah sesuatu yang belum sesuai pada fasa ini.

Kerja melabur macam tu adalah kerja usahawan yang jika baki akaunnya tak pernah terusik dalam satu – satu jumlah besar lebih dari 1 tahun. Maknanya cash terlebih dan tak terusik untuk modal pusingan, boleh la melabur untuk aset jangka masa panjang.

Kalau baki akaun macam chipsmore kejap ada, kejap tak ada, toksah lah gatal – gatal nak buat kerja macam orang ada duit lebih.

FASA 5 : 3 Tahun – 5 Tahun

Pada fasa ini, nama dah semakin ada. Pelanggan dah makin ramai. Gembira pun ada, tapi long long way to go.

Pada waktu ni, bisnes tak untung tapi tak juga rugi. Bisnes jalan. Tapi muka dah tak masam mana dah. Senyum pun tak juga. Cuma waktu ini dah faham dah sedikit demi sedikit apa itu bisnes.

Apa itu bisnes? Rugi itu pasti, untung belum tentu lagi. Masa ni dah mula sedar, betapa susahnya bisnes. Masa ni dah mula berkongsi do n donts kepada newbie bisnes.

Sepatutnya pada fasa ini tekanan dah makin kurang walaupun untung belum nampak lagi. Tapi kalau setakat nak lepas bayar installment atau bayar overhead tu lepas la.

Ada juga yang quit pada fasa ini. Dan ada juga yang tukar arah belayar. Tak quit bisnes tapi tukar bisnes.

FASA 6 : 5 Tahun – 7 Tahun

Eh. Dah nampak duit bertambah dah. Senyum sikit. Pengalaman dah makin banyak. Untung? Hehehe, dah adala sikit – sikit.

Dah mula menyimpan dan menabung.. Dah mula usha dan plan nak beli aset. Pendapatan harian dah makin stabil. Nama dah meniti dan jadi sebutan dibibir.

FASA 7 : 7 Tahun – 10 Tahun

Dah ada simpanan. Dah mula melabur. Dah mula buka cawangan. Mula buka bisnes lain. Dah ada CEO, kita dah jadi business owner. Pengalaman pun dah banyak. Bank dah mula senyum kat kita macam ni. Management team dah kemas cenggini.

Tuan puan sudah dimana?

Kesimpulan : Bisnes perlukan masa. Kita berhak memilih untuk jadi apa. Jika kita quit, it’s game over. Pengalaman sangat penting. Jangan nak cepat kaya, ia akan datang bila tiba masanya. Bisnes ada fasa – fasa yang perlu dilalui oleh setiap orang untuk berjaya. Tiada siapa terkecuali termasuklah awak.

Lain padang lain belalang, lain orang lain pengalaman.

 

Tulisan asal : Abd Hakim Awang

 

Baca Sini : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.