HOME > Single Post

Cara Bagi Menangani Pekerja Bermasalah

top donate

wanted to became top donate ? TF

Adakah anda pernah berhadapan dengan pekerja yang bermasalah dalam organisasi? Jika ya anda harus mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi nanah dalam organisasi anda.

Memang sakit bila melihat ada pekerja yang bermasalah dalam organisasi anda. Pekerja bermasalah ini selalunya ponteng kerja, lewat masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan ketua, tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain dan berbagai lagi kesalahan yang boleh memberikan tekanan kepada organisasi.

Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana organisasi, tidak kira sama ada kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri daripada mereka yang berpangkat rendah tetapi juga golongan atasan.

Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat organisasi itu sendiri kehilangan pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan berurusan dengan pekerja yang sering memberi masalah kepada mereka.

Sebagai seorang ketua yang mahukan perubahan supaya pekerjanya disiplin dan komited dengan kerja, ia perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, seperti :

1. Berbincang Dan Bersemuka Dengan Pekerja

Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.

2. Lakukan Pemantauan Terhadap Pekerja Anda

Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.

3. Ciptakan Sistem Ganjaran Pekerja

Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .

4. Sediakan Suasana Kerja Yang Santai

Elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka menlaksanakan tugasan yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika tugasan itu penting maka beri kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menagguhkan dahulu tugasan yang sebelumnya.. Mungkin harus melakukan aktiviti seperti Ice Breking sebelum memulakan kerja.

5. Sediakan Ruang Kenaikan Pangkat/Gaji Kepada Pekerja

Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang dalam organisasi anda. Kaedah ‘reward’ merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh sesebuah syarikat bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, berpindah ke syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kpeada mereka. mereka Para pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ‘reward’ yang sedang menanti mereka. Selain itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan wujud dalam organisasi anda.

 

Tulisan asal di sini

 

Baca Sini : Pentingnya Leverage Kepada Mereka Yang Mempunyai Bisnes.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.