Jadikan facebook sebagai media utama dalam usaha kita mengembangkan jenama diri. Bila kita menulis atau post sesuatu di facebook, tuliskan sepenuh hati.
1. Tuliskan perkara-perkara berkaitan aktiviti kita setiap hari. Selang selikan penulisan sahaja dan sekali sekala sertakan gambar.
2. Gunakan ejaan penuh. Ia sangat membantu apabila netizen membuat carian di internet. Penulisan yang menggunakan ejaan penuh lebih mesra SEO (Search engine Optimization)
3. Tulis di waktu-waktu puncak. Mulakan aktif menulis pada empat waktu puncak. Pagi, tengahari, petang dan malam. Biasakan teknik ini.
4. Kerap membaca, like, komen dan share posting-posting rakan fb kita yang lain. Walaupun sekadar komen ‘smiley’, ia merupakan engagement baik untuk facebook.
5. Usah terlalu kerap menulis perihal negatif. Walaupun ia cuma berbentuk luahan perasaan kita sahaja. Perlahan-lahan manusia lari daripada kita.
6. Kongsi apa sahaja perkara baik atau skill yang kita tahu di facebook. Tuliskan dengan kerap, konsisten itu yang membuatkan kita dikenali perlahan-lahan.
7. Jadikan rakan-rakan positif di facebook sebagai paksi penulisan kita. Jadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Tiru gaya penulisan, bukan kandungan penulisan.
8. Letakkan tanda pengenalan di setiap hujung posting kita. Sebagai contoh, “Saudagar Jalanan”. Jangan ditukar tukar ya, tetapkan satu sahaja.
9. Usah terlalu serius bila membuat post di facebook. Sekali sekala mesti perlu dilihat santai dan humor.
10. Setiap gaya penulisan, kandungan penulisan, cara menulis dan apa sahaja yang kita tinggalkan jejak di facebook adalah lambang diri kita. Susun dan jaga dengan baik.
11. Gunakan nama dan gambar profile sebenar di facebook. Usaha membangunkan fake profile tidak akan membantu kita. Malah, ia akan lebih menyusahkan kita di kemudian hari.
12. Usahlah hidup penuh kepura-puraan di media sosial. Hari ini, media sosial adalah jambatan penghubung yang paling realistik. Ia sebuah dunia baru untuk semua orang. Jadilah diri sendiri.
13. Belajar untuk menghormati apa sahaja bentuk pandangan orang lain terhadap penulisan kita. Bila ada yang suka, pasti akan wujud yang tidak suka. Tenang saja.
14. Apabila sudah ramai followers, raikan mereka dengan like dan membalas setiap komen mereka jika kita punya masa. Komunikasi dua hala lebih memberi kesan pada emosi dan memori manusia.
Cukuplah 14 panduan ini dahulu. Cubalah praktiskan bermula sekarang. Banyakkan membaca dan menulis bagi menambah baik gaya penulisan kita. Ia bukan skill yang boleh dijual beli, ia mesti dipraktiskan.
Pembangunan content pada hari ini jangan lagi dipandang remeh. Enam tahun yang lalu, tiada siapa sudi respon pada posting berbentuk ‘sharing content’. Namun, pada hari ini, penulisan panjang berjela pun masih ramai yang sanggup baca.
Tuliskan sesuatu daripada hati. Ia tidak boleh dibuat-buat, mesti lahir tulus tanpa persepsi gagal. Buat sahaja tanpa jemu. Lama-lama kita akan berjumpa dengan permata yang hilang itu, Eh!
Jangan lupa share kepada rakan – rakan anda ya.
Tulisan asal : Ikram Al Banjari
BACA LAGI : 3 Pesanan Kepada Orang Muda Dalam Menentukan Kerjaya
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.