Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

6 Cara Untuk Menaikkan Produktiviti Ketika Bekerja Dari Rumah

top donate

wanted to became top donate ? TF

Bekerja dari rumah datang dengan pelbagai kelebihan yang mana mereka yang bekerja daripada rumah
ini mempunyai masa yang fleksibel, persekitaran ruang tempat kerja yang tenang, keseimbangan antara
rumah/ofis yang lebih baik, perlaksanaan yang lebih efektif, dan tidak perlu terlibat dalam kesesakan
lalu-lintas.

Dalam pada masa yang sama, mereka yang bekerja daripada rumah ini juga mempunyai beberapa
cabaran dan juga rintangan termasuk ketiadaan sumber fizikal dan kewangan seperti yang terdapat
di dalam ruang kerja yang lebih besar, tiada struktur organisasi, kurangnya sumber inspirasi dan lebih
rasa terasing.

Cabaran paling besar adalah kepada sesiapa yang ingin bekerja dari rumah adalah bagaimana untuk
menjadi lebih produktif di luar daripada struktur organisasi ofis tradisional. Oleh itu, di sini
adalah enam strategi yang boleh membantu untuk mengatasi masaalah berikut.

1. Menyediakan Ruang Kerja Yang Selesa

Faktor yang paling penting dalam untuk mengekalkan kita untuk kekal produktif sambil bekerja dari rumah
adalah persekitaran tempat kerja itu sendiri. Sebolehnya, tetapkan ruangan satu ruangan tempat kerja
yang boleh mengimbangi sempadan antara kerja dan kehidupan di rumah.

Sebaiknya anda membina ‘partitions’ yang disusun dengan perabot secara kreatif dan juga tidak membawa
bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan kerja masuk ke dalam persekitaran kerja anda.

Setelah menetapkan persekitaran ruang kerja, ambil perhatian kepada cara ruang kerja tersebut disusun
dan diatur. Jadikan persekitaran tempat kerja sebagai satu tempat yang selesa dari segi dekorasi melalui
penggunaan kualiti pencahayaan yang baik dan juga meja dan kerusi yang ergonomik.

Perlaksanaan sistem organisasi juga penting bagi memastikan simpanan dokumen sentiasa tersimpan
kemas dan lebih teratur.

2. Gunakan Tumbuh – Tumbuhan Sebagai Hiasan

Selain meningkatkan nilai estetik persekitaran tempat kerja, tumbuh-tumbuhan juga dikatakan boleh
meningkatkan situasi keceriaan dan juga produktiviti persekitaran tempat kerja.

Malah, satu kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa orang yang bekerja dengan persekitaran yang
mempunyai tumbuh-tumbuhan meningkatkan 15% lebih produktiviti berbanding mereka yang tidak terdedah
kepada suasana kehijauan.

Bekerja di dalam suasana seperti ini juga dapat meningkatkan prestasi kerja dan juga daya ingatan serta
menyumbang kepada suasana yang lebih positif.

3. Asingkan Antara Keperluan Peribadi Dan Keperluan Kerja

Sesiapa sahaja yang bekerja dari rumah pasti tahu cabaran yang paling besar ketika kerja di rumah adalah
untuk menyiapkan kerja tanpa gangguan daripada keluarga dan rakan-rakan. Kerja anda boleh memang akan
berjalan seperti biasa tetapi bila mana isteri dan anak-anak bercuti, maka habislah produktiviti
dan prestasi anda. Akan ada rakan-rakan anda yang akan fikir oleh sebab anda bekerja daripada rumah,
mereka akan fikir yang anda mempunyai banyak masa terluang untuk mengajak anda keluar bersiar-siar
atau sebagainya.

Anda mungkin akan menyukai mereka ini tetapi jika anda ingin kekal produktif, anda perlu meletakkan
sempadan antara mereka semua ini. Sebaiknya, jika orang-orang yang berkenaan berada bersama anda
di rumah pada waktu itu, anda perlu memberitahu mereka bila waktu anda sibuk dan juga bilakah masa
anda yang terluang.

4.Tetapkan Waktu Kerja Dengan Efektif

Salah satu kebaikan bagi anda yang bekerja dari rumah ialah anda boleh bekerja pada bila-bila masa
siang atau pun malam. Biar pun berada dalam jadual waktu kerja yang fleksibel dan amat menyeronokkan,
situasi itu boleh membuatkan anda untuk terdorong untuk sentiasa melakukan kerja dan boleh berlarutan
sehingga ke lewat malam.

Tidur lewat dengan kerap adalah salah satu petanda untuk penurunan produktiviti kerja. Kajian menunjukkan
bahawa kurangnya tidur boleh menyebabkan tumpuan menjadi lemah, daya ingatan semakin berkurangan,
dan kesihatan mental juga boleh terjejas dan semua perkara ini boleh menjerumus kepada penurunan
produktiviti.

Dalam usaha bagi memastikan anda sentiasa mendapat tidur yang cukup, adalah penting untuk anda
mewujudkan waktu kerja yang tetap supaya anda dapat lebih banyak masa untuk berehat dan mendapat
waktu tidur yang berkualiti.

5. Pastikan Segala Sistem Berada Pada Tahap Yang Terbaik

Apabila anda bekerja dari rumah, kebiasaanya anda tidak mempunyai team teknikal yang begitu baik.
Ini bermakna, anda perlu memastikan segala sistem operasi dan teknikal anda berada pada tahap yang
memberansangkan. Jika tidak, anda mungkin berhadapan dengan segala risiko berkaitan dengan teknikal
dan operasi yang mana jika perkara ini berlaku ia boleh menjejaskan segala sistem kerja anda pada
waktu itu.

Sebaiknya, cuba untuk invest dan belajar dalam sistem operasi dan teknikal dengan lebih banyak supaya
masaalah dlam berkenaan perkara tersebut dapat dielakkan dan apa sahaja yang anda lakukan, sentiasa
ingat untuk membuat ‘back up’ bagi mengelakkan segala sistem dan kerja yang telah anda buat hilang.

6. Luangkan Sedikit Waktu Untuk Berehat Sebentar

Tak kira walau di mana anda bekerja, waktu rehat adalah perkara yang penting untuk mengekalkan produktiviti.
Kebiasaannya, bagi mereka yang bekerja dari rumah biasanya adalah sukar untuk berehat kerana mereka
lebih cenderung untuk terus melakukan kerja tanpa berehat ditambah lagi dengan keadaan rumah yang sudah
cukup selesa untuk bekerja, jadi, tiada sebab untuk mereka beralih untuk rehat walaupun seketika daripada
kerja.

Beralih daripada melakukan kerja walaupun hanya dengan mengambil masa 10 – 30 minit pada satu masa
adalah penting untuk menjaga otak dan minda supaya terus tajam dan membolehkan anda untuk berfikir
secara kreatif. Adalah baik jika anda terus melakukan kerja dalam satu masa yang agak lama tetapi jika
berlaku kekurangan idea atau fikiran anda agak serabut dengan kerja yang anda sedang lakukan, adalah
lebih baik jika anda berehat sebentar walaupun hanya seketika.

 

Semua nasihat di atas adalah berguna untuk mereka yang bekerja dari rumah dan boleh digunakan
sebagai satu percubaan untuk meningkatkan produktiviti anda sendiri. Strategi ini bakal menjadi satu titik
permulaan yang besar tetapi akhirnya ia terpulang kepada seseorang individu itu sendiri bagi menentukan
setiap jalan kerja, struktur organisasi dan juga segala jadual anda berjalan dengan lebih lancar bagi
memastikan perniagaan anda lebih berkembang dan membesar walaupun hanya bekerja dari rumah.

Sumber asal di sini

 

BACA LAGI : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Baru Ingin Memulakan Perniagaan

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.