Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

3 Pesanan Kepada Orang Muda Dalam Menentukan Kerjaya

top donate

wanted to became top donate ? TF

1. Demi Peluang

Jangan cari kerja yang anda suka, tetapi cari kerja yang akan membantu anda tambah ilmu.

Jangan cari kerja yang mudah dibuat, tetapi cari kerja yang mencabar anda untuk berubah menjadi lebih baik.

Jangan cari kerja ikut kelulusan akademik anda, tetapi cari kerja yang akan membuka peluang yang lebih besar untuk anda mencapai cita-cita.

2. Demi Cari Makan

Jangan cari kerja untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan dan pensyarah anda, tetapi carilah kerja yang boleh membantu anda cari makan sendiri akan datang. Meskipun sekadar seorang pomen biasa.

Jangan cari kerja yang dirasakan selamat dan selesa sehingga tua, tetapi cari kerja yang boleh bantu anda cari makan dengan ilmu yang dipelajari di tempat kerja itu.

Jangan cari kerja kerana gaji, tetapi cari kerja kerana ilmu dan peningkatan diri. Ini kerana gaji akan habis, tetapi ilmu dan pembangunan diri akan kekal dalam diri anda.

Ini bermakna jangan cari kerja untuk cari makan semata, tetapi cari kerja untuk masa depan anda.

3. Demi Sukses

Jangan cari kerja kerana dekat dengan rumah, tetapi cari kerja yang boleh menghubungkan anda kepada orang-orang yang hebat, orang berjaya dan networking yang baik.

Jangan cari kerja yang senang dibuat dan kurang tugasan, nanti anda menjadi malas, selesa dan sukar untuk meningkatkan potensi diri. Cabar diri anda.

Jangan cari kerja dengan harapan buat lebih dibayar lebih, tetapi cari kerja yang anda boleh berikan komitmen sehingga syarikat tempat anda bekerja itu berkembang pesat.

Dari situ anda berpeluang belajar ilmu yang super berguna untuk bisnes anda sendiri di kemudian hari.

moonfloweryoga.com
moonfloweryoga.com

Tambahan, ini 5 MENTALITI yang patut orang muda ketengahkan tentang kerja.

1. Jangan Terlalu Selesa.

Adalah sangat penting untuk orang muda sentiasa bersedia dan tidak terlalu selesa supaya jika anda dibuang kerja, anda tidak takut mencari kerja lain kerana dengan kemahiran yang ada, anda boleh berniaga sendiri.

2. Sentiasa Bersungguh Dalam Setiap Pekerjaan.

Lebih bersikap proaktif dalam pekerjaan untuk menggilap potensi diri supaya anda tidak sentiasa berada pada tahap yang sama. Setiap kali potensi diri anda meningkat, ada peluang lain yang lebih besar terbuka untuk anda.

3. Upgrade Ilmu.

Jangan pernah jemu untuk menambah ilmu supaya apabila semakin bertambah ilmu, anda akan dipandang berbeza oleh majikan jika mempunyai banyak ilmu kemahiran. Jawatan yang tinggi akan diberikan kepada mereka yang punyai banyak ilmu dan mahir dalam membuat keputusan.

4. Buka Minda.

Jangan terlalu bergantung dengan hanya satu pekerjaan supaya anda faham bahawa kerja pertama, kedua, ketiga dan seterusnya mungkin bukanlah kerja terakhir untuk anda sehingga pencen. Ada lagi peluang kerja yang lebih baik di tempat lain.

Belajar di tempat kerja pertama, kedua dan ketiga. Kemudian minta kerja keempat menggunakan semua kemahiran dan pengalaman kerja yang lepas. Ia menjadi nilai tambah dalam kerjaya anda.

5. Berani Membuat Keputusan.

Berani untuk membuat keputusan yang tepat dalam setiap sesuatu pilihan adalah penting supaya anda berpeluang dipilih oleh majikan sebagai pekerja harapan untuk mengambil alih syarikat.

Ia adalah satu indikator untuk bos anda menilai anda. Mungkin bos berkenan untuk tubuhkan sebuah anak syarikat lain khas untuk anda uruskan dan memiliki saham dalam syarikat tersebut.

Ramai towkey kedai servis kereta asalnya adalah seorang kuli sahaja ketika 10 tahun lepas tetapi kerana bakat, kesungguhan dan akhlak yang baik ketika bekerja, bos mereka buka cawangan lain dengan menjadikan kuli-kuli mereka itu sebagai rakan niaga dan towkey kedai baru tersebut.

 

Tulisan asal : Wan Muhd Ali

 

Baca Sini : Pentingnya Leverage Kepada Mereka Yang Mempunyai Bisnes.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.