Adakah anda tak pasti atau masih ‘blur‘ apa langkah-langkah awal yang perlu dilakukan untuk mula kan bisnes anda?
Di sini saya kongsikan apa yang perlu dilakukan pada peringkat pertama bisnes langkah demi langkah secara basic.
1. Tentukan Bisnes Apa Yang Kita Nak Buat.
Produk atau servis? Jual produk sendiri atau produk orang lain? Tentukan dimana produk atau servis itu akan dipasarkan.
Ini penting untuk memudahkan proses mengenal pasti target market dan spesifik pelanggan kita. Jika melibatkan produk, pakejing yang bagus harus dititik beratkan selain dari produk itu sendiri. Cari designer jika mampu.
2. Pilih Nama Syarikat.
Cari nama yang ada ‘commercial value‘. Mudah dibaca dan mudah diingati. Tentukan juga jenis syarikat yang nak dibuka sama ada Sole Prop , PLT atau Sdn Bhd. Buka ikut kemampuan dan tujuan.
Cari nama brand dan buat logo. Kalau ada budget, mohon trade mark terus dengan MyIPO. Isi borang TM5, kos lebih kurang RM350.
3. Tentukan Jawatan Kita Dalam Syarikat.
Sebagai contoh : Jawatan Pengurus untuk Enterprise, Pengarah Urusan atau CEO untuk syarikat Sdn Bhd.
Buat kad bisnes. Bagi designer buat dan cetak terus. Hanya RM30 untuk 100 keping.
4. Daftar Syarikat Dengan SSM.
Yuran pendaftaran hanyalah lebih kurang RM100 untuk Enterprise dan lebih kurang RM3,000 untuk Sdn Bhd. Nak daftar Sdn Bhd kena berurusan dengan Setiausaha Syarikat.
Buka akaun facebook, instagram, install whatsapp dan lain-lain. (Jika belum ada)
Jika pandai buat website atau blog, silakan buat.
5. Buat Profail Syarikat.
● Latar belakang syarikat.
● Jenis perniagaan.
● Produk atau servis yang ditawarkan.
● Struktur organisasi.
● Misi dan visi.
6. Buat Rancangan Perniagaan.
● Aspek sumber manusia.
● Aspek kewangan.
● Aspek pengeluaran.
● Aspek pemasaran.
● Aspek pengedaran.
7. Labur Untuk Ilmu.
Sertai kursus dan seminar produk atau servis dalam bidang yang diceburi atau berkuli di syarikat yang berkaitan dengan bisnes yang nak dibuka atau diceburi.
Ikuti kelas pemasaran sama ada online dan offline. Kemahiran dalam memasarkan produk sangatlah penting dan kemahiran ini adalah sangat kritikal untuk menentukan kelangsungan bisnes kita.
8. Promosi Yang Berkualiti.
Gambar mestilah cantik dan jelas. Post iklan produk atau servis yang ditawarkan serta logo dalam facebook 10 kali sehari selama 3 bulan. Konten dan headline mesti catchy.
Persembahkan nilai dengan betul. Lagi banyak friendlist lagi bagus. Nak lagi advance, buat iklan facebook berbayar terus. Buat Fanpage. Boleh juga post ke group whatsapp, instagram, twitter, wechat dan lain-lain lagi.
9. Kemaskini Segala Rekod Transaksi.
Cetak buku bil, resit, invois, delivery order. Design buku bil dan invois mengikut kesesuaian bisnes.
10. Mula Menjual. (Market first, sell later)
Ilmu memasar lain, menjual lain. Kuasai kedua-duanya. Kenalpasti siapa dan platform apakah yang kita akan gunakan untuk pasarkan produk atau servis kita.
Kenalpasti channel, channel, channel. Next step adalah besarkan channel yang sesuai dan berkualiti.
Perletakan harga produk juga amat penting. Pada fasa ini kena tentukan berapa layer peringkat pengedaran yang kita nak gunakan.
Contoh:
Pengeluar – Stokis – Pengedar – Ejen – Pelanggan
Pengeluar – Stokis – Ejen – Pelanggan
Pengeluar – Stokis – Pelanggan
Pengeluar – Pelanggan
Pemilihan peringkat pengedaran sangat penting dalam perletakan harga produk dan juga margin keuntungan.
Tentukan peringkat pengedaran yang nak digunakan.
11. Customer Service
Ambil maklum balas customer. Buat penambahbaikan produk atau servis setiap masa.
Perhatikan teknik pemasaran dan jualan yang macam mana paling mendatangkan hasil yang paling maksimum. Ulang yang paling berkesan.
Upgrade ilmu pengurusan syarikat, ilmu pemasaran, ilmu kewangan dan juga upgrade produk dari segi pengiktirafan. Contoh : untuk produk makanan, dapatkan sijil halal.
12. Buka Akaun Semasa
Ada modal sikit, pilih bank yang sesuai dan buka akaun semasa syarikat serta ambil lah buku cek. (RM1,000 – RM2,500 untuk deposit buka akaun syarikat)
Membeli dan membayarlah dengan menggunakan cek agar akaun syarikat aktif.
Semua urusniaga perlu dicatatkan dan direkodkan. Paling penting adalah catat berapa RM masuk dan berapa RM keluar. Simpan semua resit, voucher, bukti pembelian atau jualan.
Tentukan gaji pemilik dan pekerja. Asingkan penggunaan wang peribadi dengan wang syarikat.
Wajib tahu perbelanjaan tetap bulanan seperti gaji, sewa, bil elektrik, air agar kita tahu dan dapat plan target pendapatan.
Bila dah dapat jualan pertama, perkara pertama yang perlu anda fikir adalah bagaimana dan apa strategi yang perlu dibuat untuk catat jualan yang mampu mencapai titik pulangan modal, barulah fikir untuk langkah seterusnya yang lebih bergaya.
Mohon share jika tuan puan fikir ianya bermanfaat dan mampu membantu orang lain juga. Buat pahala sambil santai-santai.
Tulisan asal : Abd Hakim Awang
Baca Sini : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan.
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.