Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Pentingnya Leverage Kepada Mereka Yang Mempunyai Bisnes

top donate

wanted to became top donate ? TF

Leverage adalah satu kelebihan.
Ianya umpama tuil kereta.

Kita menggunakan tuil untuk
mengangkat kereta yang kita tidak mampu angkat.

Lebih kuat dan besar tuil itu,
lebih besar kereta yang boleh kita angkat.

Kejayaan setiap perniagaan terletak pada leverage.
Lebih banyak leverage, lebih bagus.
Lebih unik leverage, lebih baik.

3 orang founder yang mempunyai leverage (kelebihan) antara
satu sama lain menjadikan kekuatan syarikat 9 kali ganda
lebih kuat daripada syarikat yang ada seorang founder.

Begitu juga syarikat yang diapungkan di bursa saham.
Menjual saham dan berkongsi leverage OPM (others people money).

Syarikat itu berpotensi berkembang berkali ganda
berbanding yang tidak ke bursa saham.

Baca : Ternyata! Kepenatan Anda Berbisnes Akan Hilang Setelah Anda Memiliki Panduan SOP.

lafayettecc.org
lafayettecc.org

 

DISRUPTIVE INNOVATION

 

Pasaran kini digegarkan oleh beberapa
syarikat startup yang memaksimakan leverage.

UBER, leverage kereta-kereta kepunyaan orang perseorangan.
Tanpa kenderaan sendiri,
mereka menjadi syarikat pengangkutan awam yang terbesar di dunia.

AirBnB, leverage rumah-rumah kepunyaan orang perseorangan.
Tanpa sebiji rumah pun,
mereka menjadi syarikat homestay yang terbesar di dunia.

Mula senaraikan leverage dari orang sekeliling kita
yang boleh gunakan dalam membangunkan bisnes kita.
Cari seramai mungkin orang yang boleh kita leverage.

Ia boleh jadi seramai mungkin rakan niaga,
seramai mungkin ahli tribe,
atau seramai mungkin manusia.

leverage boleh dalam bentuk wang,
boleh dalam bentuk connection,
boleh dalam bentuk skill atau juga barangan.

Kita perlu ada leverage juga supaya kita boleh
bertukar suka sama suka atau berkongsi untung sama untung
dengan orang lain yang mempunyai leverage yang kita mahukan.

Tuil leverage ini akan mengangkat syarikat kita
dengan lebih cepat sekiranya tuil ini BESAR dan KUAT.

Jadi,apakah leverage syarikat tuan puan?

 

Tulisan asal : Tuan Syaizul Amal

 

Baca Sini : Beli Kereta Atau Beli Rumah Dahulu? Lelaki Ini Mempunyai Pandangan Yang Tersendiri.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.