Ini adalah JALAN NIAGA.
*
Aku merasai keperitan hidup ?
Buat tidak peduli, dan jalan terus !
Apabila kesulitan dalam niaga mendatang ketika
di pertengahan jalan,
Ingat semula, mengapa kita buat perniagaan
itu pada awalnya ?
Apabila kesulitan niaga itu mendatang
di pertengahan,
Kita mahu berputus asa ?
Kita mahu berpatas balik ?
Kita mahu tinggalkan terus ?
atau,
Kita meratap hiba, menangis sendirian.
Kemudian, kita bangkit dan teruskan perjuangan !?
=================================
Mengapa aku menangis ?
Adakah kerana merasai kesakitan hidup ?
Adakah kerana sebak di hati ?
Adakah hati yang hancur luluh dengan takdir
yang seakan tidak menyebelahi ?
Tidak mengapa untuk tunduk menangis,
Kita menangis sebagai seorang dewasa !
Ianya satu perjalanan sukar untuk kita
merempuh tembok halangan dalam hidup,
Biar apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan.
Walau dihempas hingga ke tahap paling hina,
Hidup meletakkan kita ke bawah selipar,
Kita terasa seperti kucing kurap jalanan,
Selagi nyawa bernafas,
Kita berusaha ! dan teruskan hidup maju ke hadapan !
Tidak mengapa untuk menangis.
Ramai orang menangis sama seperti kita juga.
Menangis adalah emosi.
Ketakutan adalah rasa.
Rasa lemah tidak berdaya adalah jiwa.
Tidak mengapa untuk mengalami rasa ini.
Kita adalah manusia.
*
Halangan, masalah, kekerasan hidup, kesalahan lampau.
Semua ini menghambat diri, kita rasa mahu putus asa.
Kita fikir kita tidak mampu lakukan dan teruskan
perjalanan hidup.
Sebaik sahaja rasa itu bergolak,
Ingat semula emosi kita.
Letakkan di tepi, dan teruskan melangkah !
Jalan Niaga menguji kekuatan mental kita.
Samada tinggal separuh jalan
atau
Tetap berusaha hingga berjaya !
*
Apabila kesakitan hidup itu datang semula,
Kita semakin kuat. Semakin tinggi daya tahan.
Hadapi ia, teruskan melangkah dan tewaskannya !
=================================
There is 1st time for everything.
Do not gave up !
The winning is made by,
Person who never gave up !
He wake up every morning and push forward.
It is not how hard you can hit,
but how hard you can take the hit and move forward !
Tetap semangat bro !!
Karya Asal oleh Tuan Faiz Sufi