Banyak syarikat yang berjaya dengan taktik ‘Jimat Harga’.
Airasia, Ikea, Lazada, Amazon, Xiaomi, 99 Speedmart dan Mydin.
Perlu diingat!
‘Jimat Harga’ bukan bererti ‘Buang Harga’.
Mereka hanya menawarkan produk dan servis dengan kadar penjimatan kos yang sangat maksimum.
Airasia sumbat ramai-ramai dalam kabin, kecualikan makan dan luggage.
Ikea jimatkan kos pengangkutan.
Semua produk direka untuk mudah dikumpulkan secara tersusun.
Satu kontena tu penuh dengan perabot, bukan ruang kaki meja kosong.
Pengeluaran produknya pula secara besar-besaran untuk satu dunia.
Lazada menggunakan inisiatif untuk tidak menggunakan orang tengah.
Dari kilang terus kepada pelanggan.
Tiada margin untuk reseller, untuk bayar overhead, sewa kedai dan staff.
Amazon juga dengan cara yang sama
Xiaomi hanya menjual semua produk dari laman sesawang mereka sahaja, tiada portion untuk bayar kepada penjual pihak ketiga.
Oneplus hanya guna USD2k untuk marketing.
Gunakan hype media sepenuhnya.
Invitation only is a very good gimmick.
While samsung membelanjakan USD14b.
Cuba bayangkan USD2k vs USD14b.
Banyak woiii!
99 Speedmart hanya menjual produk yang laku keras sahaja.
Tiada produk kurang laku di kabinet mereka.
Dengan cara seperti itu, mereka tak perlu membazir untuk produk yang kurang laku.
Mydin pula hanya jual barang yang murah.
Tidak banyak barang dengan harga yang melampau ada di kabinet mereka.
Kalau kia perhatikan, tiada satu pun syarikat yang dinyatakan tadi memberikan produk sama dengan syarikat lawan.
Sama ada produk mereka berbeza atau penyampaian mereka berbeza atau kedua-duanya.
Jadi kalau anda menjual barang dropship dengan menggunakan pengiraan kos yang sama dengan orang lain, adakah anda masih nak buang harga?
Sudah tentu margin yang anda kurangkan adalah margin daripada gaji anda.
Dengan keadaan anda pula yang masih tiada cash reserve yang kuat, macam mana anda nak bertahan lama?
Ingat! ‘Buang Harga’ tak sama dengan ‘Jimat Harga’.
Adakah anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Silakan share untuk sebarkan manfaat kepada yang lain.
Tulisan asal : Lukman Awaluddin
Baca Sini : Penting! 7 Adab Bagi Mereka Yang Ingin Mencari ‘Business Partner’
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir