Benda asas untuk faham perkara ini ialah faham cara bahagi margin untung kasar produk dengan betul.
Maaflah. Contoh saya sentiasa dengan fb ads. Kepada yang tak guna fb ads.
Pandai-pandailah ubah sendiri.
Ilmu margin untung ini kalau mahu advance, pergilah kelas bisnes.
Harga memang mahal, sama mahal dengan pengisian 3 hari 2 malam.
Ya sampai malam.
Tepu otak belajar.
Bahagikan begini ya:
1. Kos dapatkan satu jualan
2. Kos operasi
3. Gaji pekerja
4. Untung bisnes
5. Gaji sendiri
Jadi, kalau modal produk RM50.
Harga jual RM100.
Ada margin RM50.
Bahagilah begini:
1. RM20 – Saya biasa target kos satu jualan bawah RM20. Buat fb ads RM20, mesti dapat satu jualan.
2. RM10 – Segala apa berkaitan operasi.
3. RM5 – Ya, dalam margin ada gaji pekerja. Senang buat KPI. Mahu gaji RM5000. KPI 1000 unit.
4. RM10 – Mesti ada untung bisnes. Nak besarkan bisnes. Pakai duit ini lah.
5. RM5 – Gaji sendiri. Mahu gaji RM10K? Pastikan jualan 2000 unit setiap bulan.
Sekarang ambil kalkulator.
Tulis atas kertas, mahu gaji berapa?
Mahu 20K?
Buat jualan 4000 unit sebulan
Macam mana nak dapat 4000?
Kos pemasaran untuk dapatkan jualan RM20 x 4000 = RM80,000
Ini kita sebut “One Metric That Matters” – OMTM
Boleh dapat ke?
Jangan sibuk pasal “boleh”.
Sibukkan diri dapat 4000 jualan dalam sebulan.
Macam mana nak lagi cepat?
Tingkatkan closing rate.
Wujudkan Upsell.
Naikkan Upsell rate.
Tak perlu gila hadap fb ads kalau kos satu jualan masih bawah RM20.
Panjangkan jangka hayat membeli pelanggan.
Jaga pelanggan.
Tawarkan jadi reseller.
Panjangkan lagi hayat mereka.
Kesimpulannya, disebalik gaji 20K dan dapat jualan 4000 unit.
Kita ada untung bisnes 40K (RM10 x 4000).
Boleh buat macam-macam untuk besarkan bisnes.
Kita tak pening pun bayar gaji.
Kalau basic RM1500.
Kita siap boleh beri bonus. (RM5 x 4000 = RM20K)
Ini yang orang kata pekerja yang bayar gaji sendiri.
Letak KPI.
Kerja kita, kos satu jualan mesti bawah RM20.
Kerja saya sebenarnya sebagai pengurus pemasaran fb ads.
Kerja tim jualan buat closing.
KPI 4000 jualan.
Jangan risau bayar operasi.
Kita ada 40K untuk bayar semuanya.
Tak cukup ke?
Mudah ke?
Saya tak kata mudah.
Saya beritahu. Beginilah saya buat.
Ada manfaat? Dah baca sampai habis? Click share sekarang.!
Tulisan asal : Mohd Alif Haiqal
Baca Sini : 19 Sebab Kenapa Orang Yang Bekerja Dari Rumah Sangat Awesome!
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir