Dalam bisnes ada beberapa perkara yang korang perlu elak dari awal-awal lagi sebenarnya. Aku terpaksa “bayar” puluh ribu ringgit untuk ilmu ni.
Baru-baru ni kenalan aku terpaksa “bayar” ratus ribu untuk ilmu yang serupa. Tapi untuk korang, aku bagi percuma je. Kalau korang abaikan, korang “bakal” ikut jejak langkah aku kelak. InsyaAllah.
1) Pre-Order —> Nightmare
Jangan sekali-sekali ambil pre-order unless A to Z berada dalam kawalan korang. Kalau korang bergantung pada pihak ketiga (supplier, etc), lupakan je hasrat nak buka pre-order.
Pre-order macam ni biasanya akan berakhir dengan “mimpi ngeri” sebab korang berjanji atas janji orang lain. Orang lain buat taik, korang yang akan jadi kambing hitam!
Ingat, ramai customer yang SEPATAH HARAM pun tak nak dengar alasan korang. Apa yang diaorang nak, dah bayar, produk mesti siap + tip top!
2) Grouping Project —> Nightmare
Kadang-kadang idea datang mencurah-curah tapi nak laksanakan idea tu perlukan team member yang perlu sumbangkan duit, tenaga dan kerja.
Benda macam ni pun korang perlu elakkan unless kalau korang boleh “lempang” setiap team member dan diaorang senyum redha tanpa balas semula. Kalau kita baru sound sikit diaorang dah melenting atau banyak cekadak, lupakan je lah hasrat korang.
Kerja-kerja berkumpulan ni memang perlukan KOMITMEN dan KESABARAN setiap ahli kumpulan. Selain tu, setiap ahli kumpulan mesti faham bahawa dalam bisnes, untung belum tentu tapi rugi insyaAllah dalam tangan.
Kalau korang berani untuk teruskan juga benda macam ni, ia jugak akan berakhir dengan mimpi ngeri kerana semua kegagalan projek akan diletakkan di bahu korang!
Ingat! Konsep “Untung ramai-ramai, rugi kau seorang” selalu melekat dalam kepala kebanyakkan daripada team member!
3) Jaminan Bantuan Lifetime —> Balaci
Benda ni memang ramai yang buat, tapi ramai yang tak tunaikan. Bab tu aku tak nak komen tapi untuk mereka yang tunaikan pulak, biasanya akan jadi “balaci”. Bukan setakat support, tapi siap kena buatkan lagi sampai macam bisnes tu jadi macam kita punya pulak.
Sesetengah customer takkan peduli yang korang perlukan masa untuk bisnes sendiri, untuk family, untuk rehat dan sebagainya.
Apa yang diaorang tau, dah bayar (even RM10), mesti support tip top + bantuan tahap di luar batasan. Pukul 2-3 pagi pun selambe je call tanya pasal bisnes diaorang.
4) Job IIlegal/Tak Patuh Syariah
Ini lagi la akan jadi mimpi ngeri. Silap-silap haribulan sampai ke akhirat terbeban.
Kadang-kadang kita tak tau pun yang benda tu illegal/Tak patuh syariah. Bila ditanya, “patuh boss, don’t worry!”.
Bila dah terima job, baru lah pecah tembelang. Malangnya waktu tu dah terlambat sebab duit dah diterima dan dah dibelanja untuk kos servis.
Akhirnya “terpaksa” bersubahat dalam keterpaksaan!
5) Perjanjian Tanpa Agreement/Hitam Putih
Biasalah manusia. Masa nak deal dengan kita semua manis. Boss, Tuan, Abang, Dato, Tan sri, semua keluar. Bila dah ade isu, kau bodoh, mangkuk, lembu kaki empat, s*al semua keluar. Tertanggal semua serban, kopiah dan tudung labuh!
Untuk kes-kes macam ni, hanya perjanjian hitam putih je ubat yang terbaik pada aku. So bila ade isu, tunjuk semula apa yang dah dipersetujui bersama.
Korang kena faham. Dalam banyak kes sekali korang “terima” duit orang, hampir 90% kesalahan akan diletakkan pada bahu orang yang terima duit. Bukan orang yang membayar duit.
Ini lah benda-benda yang pernah aku alami dan menjadi mimpi ngeri hingga ke hari ni.
Lebih malang lagi bila berlaku kes-kes macam ni, biasanya segelintir daripada pihak customer ingat kita penipu, makan duit haram, tak tepati janji dan sebagainya.
Sekelumit pun diaorang takkan salahkan diri diaorang sendiri. Apatah lagi nak dengar serta memahami cerita sebenar. Kadang-kadang ditokok tambah pulak dengan aib-aib baru yang kebanyakkannya fitnah semata-mata.
Padahal hakikatnya di pihak korang, mungkin satu sen pun takde untung. Malahan dah siap keluarkan duit sendiri lagi untuk perbetulkan keadaan. Itu tak yah cerita bab tenaga dan masa.
Ingat pesan ni, sesetengah manusia ni waktu tak diuji dia punya cakap memang taraf ulama, tapi bila diuji (ade isu), korang tengok macam mane diaorang bahasakan korang nanti. Waktu tu baru nampak akhlak sebenar masing-masing.
Biasa lah manusia. Waktu dia tak ada kuasa, dia akan cakap orang salah guna kuasa. Waktu dia dah diberi kuasa, rupanya dia jauh lebih teruk lagi! Macam tu lah perumpamaannya.
Manusia (walaupun diri korang sendiri) korang takkan dapat nak jangka selagi mana belum sampai ujian daripada Allah SWT. Dah sampai ujian (sama ada ujian kesusahan atau kesenangan), time tu baru nampak semuanya.
Walau macam mana pon, aku terima semua dugaan ni. Aku rasa siapa yang dah pernah kena pun biasanya akan nampak dan beringat selalu. Cuma aku harap, korang yang masih baru tak lalui benda yang sama.
Cukup lah aku dan beberapa orang lain “sponsor” korang untuk story mimpi ngeri ni walaupun sekarang ni pun aku masih lagi usahakan satu persatu apa yang termampu.
Mudah-mudahan Allah panjangkan umur aku dan murahkan rezeki aku supaya aku dapat settlekan semua benda ni walaupun untuk sesetengah kes patutnya aku tak perlu buat apa-apa lagi dah.
Untuk korang pulak, yang terbaik kalau korang baru nak naik adalah, cari satu atau dua produk orang lain yang betul-betul berpotensi + takde/kurang kos, then promote sampai berhasil.
Sekali dah dapat hasil, kumpullah duit sampai mampu buat produk sendiri. InsyaAllah bila dah ade produk sendiri, nama + harta korang akan naik mendadak-dadak di luar jangkaan korang.
Aku cakap ni atas pengalaman aku berurusan dengan klien-klien aku. Bukan aku yang jutawan.
Apa-apa pon, contoh dah banyak. Korang tengok je big name dalam niche fesyen muslimah & kosmetik. Kebanyakkannya capai level jutawan dalam masa 1-2 tahun je.
Kadang-kadang umur diaorang baru awal 20-an. Dah tentu ada cabaran. Tapi cabarannya tak sesusah kalau kita tersilap langkah dari awal-awal lagi.
Ibarat kata orang “Nak buat rumah baru lebih senang daripada nak renovate rumah sedia ada”!
Sekali korang buat silap, ia akan makan masa untuk perbetulkan keadaan balik sebelum korang boleh naik semula.
Jadi berhati-hatilah dari awal-awal lagi. Aku doakan laluan korang semua dipermudahkan. Doakan aku jugak yea geng.
Semoga bermanfaat.
Tulisan asal oleh :
BACA : Ketahui 10 Peringkat Bagaimana Cara Untuk Mencapai ‘Financial Freedom’
Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.