HOME > Single Post

Semangat 20 tahun menghasilkan Pendapatan 2 juta Us Dollar satu malam dengan POKEMON GO

top donate

wanted to became top donate ? TF

BAGAIMANA POKEMON GO HASILKAN $2 JUTA SEHARI ???
.
.
Berapa lama masa yang diambil untuk mencipta kejayaan dalam 1 malam sahaja? John Hanke ambil masa 20 tahun untuk siapkan Pokemon Go.


.
.
Minggu ini, Pokemon Go app berjaya pecahkan semua rekod, bila berjaya mencatat lebih 10+ juta download dalam minggu pertama, mengatasi jumlah pengguna aktif Twitter setiap hari dan kekerapan pengguna lebih dari Facebook, Snapchat, Instagram dan Whatsapp
.
.
Bagaimana John Hanke berjaya capai keputusan yang hebat ini?
.
.
Ini 10 kisah ‘level up’ (peningkatan) sepanjang hidup beliau dalam mencipta Pokemon Go:
.
.
1st LEVEL UP:
Pada tahun 1996, ketika masih bergelar pelajar, John bersama rakan mencipta MMO (massively multiplayer online game) pertama yang dipanggil Meridian 59. Dia menjual game tersebut pada 3DO untuk tujuan yang lebih besar: mapping the world (pemetaan dunia).
.
.
2ND LEVEL UP:
Pada tahun 2000, John lancarkan Keyhole untuk menghubungkan peta-peta melalui ‘aerial photography’, sekaligus menghasilkan peta online GPS-Linked 3D yang pertama di dunia..
.
.
3RD LEVEL UP:
Pada tahun 2004, Google telah membeli Keyhole dan dengan bantuan John, mengubahnya kepada Google Earth. Pada ketika ini, John mula merancang untuk fokus pada ‘games’ yang berasaskan sistem GPS (Global Positioning System)..
.
.
4TH LEVEL UP:
John uruskan pasukan Google Geo dari tahun 2004 hingga 2010, sekaligus mencipta Google Maps dan Google Street View. Ketika ini, dia mula mengumpul ahli pasukan yang akan bekerjasama mencipta Pokemon Go.
.
.
5TH LEVEL UP:
Pada tahun 2010, John lancarkan Niantic Labs sebagai sebuah start-up yang ditaja oleh Google untuk mencipta lapisan permainan di atas peta. John menerangkan kenapa nama Niantic diberi:
.
“The Niantic adalah nama sebuah kapal menangkap ikan paus yang terhasil pada zaman Gold Rush di mana pelbagai kemungkinan untuk tersadai di pantai. Perkara yang sama juga berlaku pada kapal lain. Akhirnya, San Francisco terbentuk daripada kapal-kapal yang tersadai. Awak boleh berdiri di atas kapal-kapal tersebut tanpa mengetahuinya. Jadi, idea-nya di sini adalah, ada banyak lagi perkara ‘cool’ yang kita tak tahu walaupun ada banyak topik yang ada di Internet. Sukar untuk tahu sekiranya tidak berada di sana.”
.
.
6TH LEVEL UP:
Pada 2012, John(dan Niantic) berjaya mencipta MMO pertama berasakan geo (geo-based MMO) yang dipanggil ‘Ingress’.

http://www.thinkingboise.com/
http://www.thinkingboise.com

John terangkan:

“Dalam kes Ingress, aktiviti diletakkan pada lapisan atas antara dunia sebenar dan skrin telefon.
Hal ini diilhamkan ketika saya berangan(tentang perkara ini) semasa memandu dari rumah ke Google.
.
“Saya sentiasa berfikir yang kita boleh cipta sebuah game yang ‘awesome’ menggunakan semua data Geo yang kita ada. Saya menyaksikan smartphone menjadi semakin hebat setiap hari dan berpendapat yang masanya telah tiba untuk bermain game realiti berasaskan pengembaraan.”
.
.
7TH LEVEL UP:
.Pada tahun 2014, Google dan Pokemon Company bergabung untuk satu gurauan pada hari April Fool, yang membenarkan pengguna untuk mencari makhluk Pokemon di Google Maps. Hal ini berjaya viral, dan John semakin yakin yang idea ini boleh dijadikan game yang sebenar..
.
.
8TH LEVEL UP:
John membuat keputusan untuk membina Pokemon Go berdasarkan lokasi pertemuan yang telah dicipta oleh pengguna di Ingress, dan lokasi yang popular akan menjadi Pokestops dan gim latihan di Pokemon Go.
.
.
John berkata, “Pokestops dihasilkan oleh pengguna, terutama sekali lokasi yang sering dikunjungi. Kita mempunyai rekod selama 2 tahun setengah untuk semua pengguna yang melawat sesebuah lokasi untuk bermain Ingress, kadang-kala di kawasan jauh. Ada portal di Antartica dan juga Kutub Utara, dan kebanyakannya di antara mereka.”
.
.
9TH LEVEL UP:
.John berjaya meraih $25 juta dari Google, Nintendo, Pokemon Company dan pelabur-pelabur lain dari Disember 2015 sehingga Februari 2016 untuk membentuk sebuah pasukan seramai 40+ orang untuk melancarkan Pokemon Gi pada tahun ini..

http://www.theverge.com
http://www.theverge.com

.
10TH LEVEL UP:
John dan passukannya melancarkan Pokemon Go pada 6 Julai 2016 di USA, Australia dan New Zealand. Sejak pelancaran, syer saham Nintendo telah meningkat sebanyak $12 bilion, dan app tersebut telah menjana lebih $2 juta setiap hari melalui pembelian-dalam-app, sekaligus menjadikan ini fenomena besar dalam satu malam.
.
.
.John mengambil masa 20 tahun untuk mencipta kejayaan dalam satu malam Pokemon Go. Sepanjang 20 tahun ini, walaupun mempunyai visi yang sangat besar, John tidak pernah menyangka bentuk terakhir ciptaan-nya. Pada setiap langkah, John cuma fokus untuk sentiasa ‘level-up’..

.
.
Pada setiap ‘level’ baru, dia mendapat kuasa baru, ahli pasukan baru dan perkara baru dalam senarai inventori.
.
.
Adakah anda seperti John, anggap pengembaraan entrepreneur anda seperti MMO yang gergasi?
.
Pastikan target anda, tapi sentiasa fokus untuk ‘level-up’.
.
Pada setiap peringkat, tingkatkan kuasa anda, ahli pasukan dan nasib(rezeki) anda.
.
Jangan lupa lalui pelbagai peringkat untuk menang.
.
.
“It takes 20 years to make an overnight success.”
– Eddie Cantor.

Dipetik dari : Roger James Hamilton
T
erjemahan Oleh : Firdaus Putra FP