Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Staff Under Performance. Apa Nak Buat?

top donate

wanted to became top donate ? TF

Apabila kita ada staff yang under performance secara tiba-tiba. Duduklah dengan beliau dan ajaklah bercerita.

Jika beliau memerlukan bantuan kewangan bantulah seberapa yang mampu. Jika kita boleh fikirkan penyelesaian. Berikan penyelesaian kepada mereka. 

Kenapa Perlu Jaga Staff?

Kebanyakkan kita yang bisnes baru setahun dua ini amat bergantung kepada produktiviti staff yang kita ada.

Kadangkala staff kita dibebani dengan kerja yang banyak sehingga mereka merasa gaji mereka tidak setimpal lagi.

Kita sebagai majikan harus cepat-cepat menyedari bahawa kerja yang banyak datang dari pertambahan pelanggan dan perkembangan syarikat.

Sebagai majikan, pada permulaan perniagaan begini jangan sibuk kumpul duit, laburlah kepada mesin duit kita (Staff). Naikkan gaji atau tambah elaun setara dengan pengorbanan mereka.

Jangan merasa rugi melabur kepada staff sendiri. Lagipun kepada merekalah kita bergantung harap
untuk sama-sama memajukan syarikat.

Tidak ada istilah manjakan staff kerana kita memandu staff menggunakan SOP dan SISTEM kerja yang kita ada.

Ingat pesan tauke Virgin AIR,

“Take care of your employe and they will take care off your customer.” – Richard Branson.

 

 Staff under performance tukang fikir