Pergi kelas dengan itu ilmu dan pengalamannya tidak sama dengan buat sendiri. Jadi apakah sebenarnya skill yang kita perlukan sebagai newbie dalam bisnes mengikut pandangan Tukang Fikir.
Skil 1 – Skil menjual.
Skill ini sangat penting kepada kita untuk survive. Skill menjual ini boleh diaplikasikan dalam banyak platform. Online dan offline tiada masalah sekiranya kita mahir skill ini.
Skil 2 – Pandai mengira untung dan rugi.
Ramai yang tidak belajar dari awal tentang kepentingan perkara ini. Apabila mereka cuba membesarkan perniagaan barulah mereka sedar bahawa mereka telah salah kira tentang untung dan rugi.
Skil 3 – Skil komunikasi.
Skill ini penting bagi menjadikan diri kita disenangi oleh pelanggan, pengedar dan rakan niaga. Tanpa skill kounikasi yang tinggi, kita akan selalu merasa ditekan dan tertekan.
Skil 4 – Skil ikat perut.
Jika baru mula bisnes dan dapat untung RM5000, jangan lah RM5000 itu kita buat beli iphone. Simpan dulu ya.
Belajar tahan diri,
Belajar tahan nafsu.
Belajar tahan jiwa
Belajar ya.
Skil 5 – Catat duit masuk keluar.
Buat catitan tentang keluar masuk duit secara teratur dan cermat. Simpan semua resit pembelian dan perbelanjaan. Hatta tol 0.60 sen sekalipun.
Ramai sangat yang tak ambil berat tentang pekara ini. Akhirnya kecundang di tengah jalan kerana tidak dapat kesan berapa duit masuk dan berapa duit keluar. Tahu-tahu habis begitu sahaja duitnya.
Jadi, tepuk dada tanya diri. Kita sudah cukup 5 skil ini?