HOME > Single Post

3 Tips Urus Duit Keluar Masuk

top donate

wanted to became top donate ? TF

Ramai hubungi pihak kami tanya bagaimana nak urus duit syarikat keluar masuk. Baik, ini tiga langkah mudah untuk anda.

Sangat praktikal untuk dilakukan. Ada produk ke, jual goreng pisang ke, jual kerepek ke online ke semua boleh guna.

Jadi penting untuk anda share artikel ini kepada semua rakan-rakan anda.

Tips 1 – Buku Catatan.

Sediakan buku catatan. Guna tiga buku catatan.

3-Tips-Urus-Duit-Keluar-Masuk-tukang-fikir

Buku 1 : Duit Masuk

Dalam buku ini asingkan duit jualan masuk. Duit kutipan hutang dan duit deposit. Wajib catat setiap hari dan wajib disemak setiap hari.

Buku 2 : Duit Keluar

Pastikan segala perbelanjaan keluar direkod. Dalam buku ini asingkan juga tiga ruangan.

Ruang satu duit modal pusingan stok. Ruang dua untuk duit modal belanja harian. Ruang ketiga untuk perbelanjaan keluar wajib setiap bulan.

Buku 3 : Buku Stok

Sentiasa pastikan stok yang masuk dan keluar sentiasa dicatat. Wajib catat siapa yang bawa masuk, siapa yang bawa keluar, masuk dan keluar wajib sepadan.

Tips 2 – Gaji Sendiri.

Ambil gaji sendiri dahulu.Jika belum mampu ambil gaji bulanan, buat begini. Tetapkan gaji bulanan. Bahagikan kepada dua bahagian.

Contoh,

RM2000/2 = RM1000

Ambil gaji seribu sebagai gaji harian.

Contoh,

RM1000/20 hari. = RM50/hari.

Jadi ambil RM50 itu setiap hari ambil baki seribu lagi sebagai gaji hujung bulan.

Tips 3 – Simpan Rekod.

Sentiasa simpan dan rekod semua resit perbelanjaan. Buat walaupun itu adalah perbelanjaan peribadi. Jika rekod itu tidak disimpan, bagaimana mahu buat rujukan dan bagaiman mahu rancang perbelanjaan.

Caranya sediakan satu bekas yang ada 7 kotak. Labelkan dari hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian setiap hari minggu atau bila-bila masa terluang masukkan dalam file.

3 Tips Urus Duit Keluar Masuk

Selepas sebulan bawa fail itu untuk diphotostat. Satu untuk disimpan. Satu lagi untuk digunakan sebagai rujukan bagi analisa dan perancangan.