fbpx

10 Tips Bagaimana Untuk Berbisnes Bersama Pasangan Hidup

Tips Pasangan Suami Isteri Berbisnes, Bagaimana Bekerja Dengan Suami Atau Isteri, Bagaimana Memilih Partner Dalam Bisnes, Adakah Wajar Memilih Suami Atau Isteri Menjadi Partner Bisnes, Kepentingan Berpartner, Hubungan Suami Isteri Dan Bisnes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sengaja atau tidak, rakan kongsi kita adalah isteri atau suami yang tercinta. Pasti ada impian yang kita ada berkongsi bersama kan? Alhamdulillah, impian yang akan membawa kepada banyak kebaikan.

Tapi cabarannya bukanlah sedikit.

Semakin berkembangnya syarikat, semua perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini boleh mulai tergugat.
Ia akan lebih mencabar, ketika syarikat dalam keadaan fasa diuji untuk ‘survive’.

Tujuh tahun saya ‘berpartner’ dan melantik isteri sebagai orang ke dua terpenting dalam syarikat, memberi pengalaman bagaimana untuk menggunakan kelebihan yang ada bagi membangunkan syarikat.
Toleransi dan mencapai impian bersama dijadikan pegangan.

Ini tipnya :

1. Layani Dan Hormati Berdasarkan Jawatan Mereka Dalam Syarikat

Isteri saya memegang jawatan sebagai Ketua Operasi. Antara tugasnya adalah menapis idea – idea saya yang belum sesuai dilakukan. Beliau melihat secara logik (berdasarkan kekuatan sumber yang dimiliki syarikat). Bila idea di ‘kuarantin’ dahulu, saya akan cari jalan untuk sediakan sumber tersebut!

2. Fahami Tugas Sebenar Di Dalam Syarikat.

Kena bertulis. Wajib. Senaraikan diskripsi tugas, tanggungjawab, cara ia dilaksanakan dan KPI.

3. Kata Ganti Nama Wajib Guna Tuan/Puan.

Susah sedikit semasa permulaan. Kalau dekat rumah kita dah biasa ber-sayang – sayang, dalam ‘mode‘ kerja, gantikan kata nama yang lebih profesional iaitu Tuan/Puan. Percayalah, suasananya akan berbeza. Lebih nampak gaya berbisnes. Memberi kesan pada semua pasukan bisnes kita juga.

4. Hormati ‘Kuasa’ Pasangan Di Tempat Kerja

Bila kita tidak setuju, elak terus menentang habis – habisan (macam perang pula ya). Jalan selamat, bila ditanya pendapat kita, “Berikan saya sedikit masa ya Puan.”

5. Hormati Tindakan Keputusan Mereka

Dah setuju (atas alasan yang munasabah), kita perlu jadi orang paling kuat mendorong mereka. Dorong habis – habisan. Isteri saya adalah dahulunya berpengalaman makan gaji sahaja. Bila beliau nak bantu saya dalam bisnes, saya bagi keseluruhan dorongan. Sehingga coach beliau bagaimana dapat menjadi COO yang dihormati dari kalangan staff.

6. Percayai Idea Mereka Dengan Soalan – Soalan Yang Positif Dan Terbuka

Amalkan sikap teruja dan percaya semua idea adalah baik untuk dibincang bersama. Soalan – soalan yang positif dan terbuka membantu menapis idea yang kurang berisiko. Selalu saya bincang di luar ofis. Kena pula kopi cappucino dengan muzik jazz. Meletup – letup idea!

7. Elak Ungkit Perkara Buruk Yang Telah Berlaku Di Dalam Bisnes

Fokus pada masa depan. Selalunya, kita asyik menyalahkan pasangan atas tindakan beliau yang salah dimasa lalu. Perlu ingat, orang bisnes yang mahir, adalah orang yang banyak belajar dari kegagalannya. Jadi, bincang tentang masa depan lebih kerap. Ia menguatkan perasaan untuk lebih berjaya bersama – sama.

8. Masalah Rumahtangga Wajib Belajar Untuk Ditinggalkan Di Rumah

Profesional dalam syarikat. Bila ada isu, terus selesaikan secepat mungkin. Buat ketetapan janji bersama-sama, kita akan profesional dengan kerja. Orang Jepun memang ‘master’ seni ini. Angan – angan kejayaan dalam bisnes dan kesannya kepada keluarga dijadikan pegangan yang kuat!

9. Guna Kuasa Perkataan ‘Maaf’

Ia bukan bermakna kita rasa sentiasa dibawah, ditekan atau tidak dihormati. Ia meneutralkan situasi agar kita masih berpeluang memberi pendapat (di masa yang lebih sesuai). Ia juga menyebabkan pasangan kita rasa dihormati. Beliau akan balas dengan penghormatan yang lebih tinggi, secara profesional.

10. Selitkan ‘Reward’ Mingguan, Bulanan Dan Tahunan

Ini kelebihan paling utama! Berjaya capai satu projek bisnes, buat bersama – sama suatu aktiviti seperti menonton wayang bersama, atau pergi bercuti di tepi laut. Ia meningkatkan semula ‘energy‘ bisnes kita semula. Laungkan, “Sebenarnya, kita pasukan yang bagus kan?” Cubalah!

Dalam banyak kajian ahli psikologi, berkenaan dengan pasangan suami isteri yang bersama dalam satu syarikat, mereka membuat kesimpulan :

“Apabila mereka amat memahami erti kerjasama, dengan penetapan impian besar yang dikongsi bersama, ia akan menjadi bisnes yang berjaya secara luarbiasa.”

Jadi, kita wajib beri peluang pada diri sendiri dan pasangan kita, belajar bersama – sama. Kerja bersama – sama dan paling penting,
“mengejar kejayaan di dunia dan akhirat bersama – sama!”

Tulisan asal,
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

 

Baca Sini : Jika Anda Ingin Mencari ‘Business Partner’, Ini Adab Yang Patut Anda Ambil Tahu

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Follow Kami

euromoney.com Kewangan

3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan

tukangfikir.com Persyarikatan

Ini Adalah Perkara Yang Owner Syarikat Perlu Buat Jika Ingin Ambil Gaji Besar

facebook.com/iamasaziz Kewangan

5 Tips Daripada Lelaki Ini Mungkin Penting Untuk Anda Bagi Mengelak Kerugian Dalam Perniagaan

Scroll to Top