Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Ramai yang mengeluh bila tiba masa untuk bayar cukai. Harga minyak naik, GST lagi, kemudian nak bayar cukai pendapatan.

Ini adalah tips daripada seorang pakar cukai tentang bagaimana kita dapat kurangkan jumlah cukai pendapatan kita.

“Dalam temubual bersama MHI TV3, ini adalah antara intipati yang ingin saya sampaikan. Tidak lain dan tidak bukan TIPS PENJIMATAN CUKAI untuk individu!

3R – Relief, Rebate & Review

Petua untuk meminimumkan cukai anda tanpa mengetepikan faktor undang2 adalah memahami dan melakukan analisa berikut:

RELIEF : Mengetahui dan memahami setiap pelepasan cukai yang diberi adalah cara terbaik memastikan anda hanya bayar apa yang patutnya anda bayar sahaja! Setiap kali belanjawan lazimnya akan ada perubahan pada pelepasan-pelepasan cukai. Ambil tahu & bertindak dengannya.

REBATE : Rebat diri dan rebat zakat adalah 2 jenis rebat yang paling lazim dituntut. Bezanya rebat zakat memberi kesan langsung dan impak besar pada pengurangan amaun baki cukai perlu dibayar anda saban tahun. Itu didunia, manfaat diakhirat lebih besar erti dan kesannya.

REVIEW : Berapa ramai yang pernah buat “tax review’? Paling mudah cuba review semula pengiraan cukai yang anda buat, bahagian mana lagi yang perlu anda tambah atau kurangkan bagi memberikan kesan lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Ia salah satu cara ‘tax planning’ yang mesti anda buat!

Mudahkan? 3R adalah langkah pertama anda memahami ilmu percukaian. Ia akan jadi lebih bermanfaat bila anda semakin kaya! Bantu saya sebarkan tips ni dengan SHARE dengan rakan-rakan fb anda yer!”

Tulisan: Tuan Khairul Amal Hashim

 Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.
Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments