Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Pernah tak dengar sebiji kek dijual dengan harga 47k??

Sejujurnya ia melangkaui pemikiran saya. Sejak mendengar dan melihat Puan Anne Idris di sesi perkongsian daya eusahawan tempohari baru saya tahu kek boleh dijual dengan harga yang sebegitu mahal.

Siapakah Anne Idris?

1. Beliau adalah pengasas My Mum’s Bakery.

2. 18 tahun dahulu beliau adalah waitress di Bukit Merah Lake Town Resort.

3. Bercita – cita ingin membuka kedai kek. Sambil bekerja sambil mengumpul duit untuk membuka kedai.

4. Alhamdulillah, akhirnya berjaya membuka kedai. Semangat yang membara – bara, tetapi akhirnya kedai terpaksa ditutup disebabkan tiada ilmu perniagaan.

5. Pesan beliau, jangan buka kedai apabila baru bermula hendak berniaga.

6. Apabila kita membuka kedai, pastinya modal permulaan adalah besar. Ada kos elektrik, kos air, kos sewa, kos pekerja, kos tidak laku dan terpaksa dibuang. Kedai pula perlu dibuka sama ada ketika ada pelanggan atau tidak.

7. Akibatnya kedudukan kewangannya semakin meruncing.

8. Duit rumah tidak berbayar selama 9 bulan.

9. Kedai kena seal.

10. Kereta tidak bayar selama 7 bulan. Kereta ditarik sehingga terpaksa berjalan kaki sejauh 6km. Lebih menyedihkan ketika itu ibunya ada bersama dan terpaksa juga berjalan kaki 6km juga. Saat beliau melihat ibunya menangis, hatinya bagai dirobek – robek dan bertekad tidak akan membuatkan ibunya menangis kesedihan lagi melihat kesusahan yang dihadapi.

11. Duit ketika itu hanya ada RM5 untuk belikan ibunya nasi ayam untuk makan tengahari.

12. Beliau pernah pinjam ceti. Bunga sahaja tiap – tiap bulan RM200.

13. Pernah berniaga di pasar tani. Pagi sewa 2 tapak, petang 2 tapak.

Dalam kesusahan itu, beliau tetap berusaha sebab yang pertama, beliau tidak mahu hidup susah! Beliau perlu kerja lebih kuat sebab beliau tahu beliau tidak berpelajaran tinggi.

Jadi beliau perlu berusaha sekuatnya untuk berjaya.

Apabila beliau tahu instagram boleh membantu beliau untuk berniaga, beliau buat kek, ambil gambar cantik-cantik dan mula menjual di instagram.

Cubaan pertamanya berjaya. Kek Cheese Meleleh berjaya terjual 16K dalam tempoh seminggu sahaja.
Sejak itu beliau tidak menoleh kebelakang lagi.

Bila ada lebih modal, beliau pergi belajar. Tingkatkan skill. Beliau adalah orang pertama yang mencipta patung wedding cake bertudung.

Sekarang beliau seringkali mendapat tempahan kek premium dari VIP dan selebriti tanahair. Terbaru adalah kek perkahwinan untuk dramatis Amyra dan Amar.

tukangfikir.com

Pesanan Beliau Kepada Semua Usahawan Terutamanya Usahawan Bakeri

● Sekiranya tiada modal, jual di instagram atau facebook.

Puan Anne berkata : “Saya berniaga offline, hancur. Ahamdulillah ada medium online seperti instagram yang akhirnya menjadikan saya seperti hari ini”.

● Jika tiada kemahiran buat dan deko, tumpu kepada 1 sahaja yang kita benar – benar mahir.Jika sudah meletop – letop, barulah buat produk lain.

● Asah skill. Praktis hari – hari. Belajar, belajar, belajar.

● Buat sedap – sedap. Mengaku kek kita sedap. Tunjukkan kesedapan kek kita.

Promote hari – hari di instagram. Beliau update sampai berbelas – belas kali sehari.

● Pasang skuad. (Agen)

● Jangan sombong dengan customer terutama semasa order tengah banyak sampai tak angkat customer punya call. Ingat setiap customer adalah pembawa rezeki.

● Pelbagaikan produk. Ada yang premium dan ada yang mampu milik.

● Setiap tempahan adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Buat sehabis baik. Sehingga beliau mampu membuat kek bernilai 47K.

Pesanan beliau lagi, “Nak berjaya pendorong paling utama ialah diri sendiri. Push diri kita. Sentiasa bercakap dengan diri kita yang kita kena buat itu, kena buat ini untuk berjaya”.

Tanpa keberanian, impian tidak akan jadi kenyataan. Yang membezakan impian kita dan orang lain ialah tindakan kita.


Tulisan asal : Rosfazila Ramli


Baca Sini : Bagaimana Warda Mempengaruhi Jutaan Jualan Naelofar Hijab.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments