Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Siapa kat sini bertahun-tahun bisnes tapi masih tak berkembang? Maksud tak berkembang?

shutterstock_3738532-e1465301633972

Bisnes yang tak berkembang adalah pendapatan yang statik.

  • Tahun pertama jumlah jualan ialah RM10,000
  • Tahun kedua jumlah jualan masih RM10,000

Dan begitulah yang terjadi untuk tahun tahun seterusnya. Inilah maksud bisnes tidak berkembang. Malah ada yang lagi teruk, jualan dari tahun ke tahun seterusnya makin menurun! Biasa dengar?

Ini yang terjadi bila tiada orang bertanggungjawab dalam mengurus hal duit. Marketing ialah duit keluar, dan  sales ialah proses duit masuk. Tetapi, proses mana yang mengurus duit supaya tidak keluar terlalu banyak sehingga rugi?

Baca Sini : 9 Tips Efektif Menghadapi Masalah Kewangan Peribadi

slide1

Hero dalam kisah ini ialah CASHFLOW.

 

Kepentingan penjagaan duit ini sangat utama. Malah dalam kehidupan personal juga, skil urus duit sangat penting. Jika tidak, pada hari kedua anda mendapat gaji, anda bakal melihat magik di mana akaun bank anda cuma kosong~ kosong~ kosong~~ Susah ke nak urus duit? Mari saya terangkan sedikit asas elemen penting dalam mengasah bakat mengurus duit anda.

  1.      Kenal pasti overhead WAJIB anda, (Sewa kedai, gaji pekerja, etc etc)
  2.      Kira anggaran kos overhead yang BERUBAH, (Bil letrik, bil telefon, kos makan, etc etc)
  3.      Kira kos modal untuk meneruskan bisnes pada bulan seterusnya
  4.      Ambil sejumlah amaun untuk disimpan jika berlaku musibah.

Cuba anda tulis semua kos ini di dalam kertas dan kira berapa baki duit sales yang tinggal selepas ditolak semuanya? Benda ini perlu ditulis baru kita akan nampak.  Kos adalah perkara pertama dalam bisnes.

 

Tulisan asal : Yusuf Idris

 

Baca Lagi : 3 Cara Menyimpan Wang Untuk Anda Yang Ingin Memulakan Perniagaan

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Tukang Fikir

Baca Juga

Jangan lupa Share, Share & Share....Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someone

Comments

comments